Thailand larang mengemis di tempat awam

Thailand larang mengemis di tempat awam

BANGKOK, 6 Mac (NNN) – Dewan Perundangan Negara Thai (NLA) telah meluluskan undang-undang pada hari Jumaat lalu bagi mengharamkan pengemis dan mengawal penghibur jalanan ataupun ’buskers’ dengan menyediakan lesen.

Undang-undang baru itu menggantikan undang-undang sebelum ini mengenai mengemis yang digubal 75 tahun lalu, iaitu satu kesalahan bagi mengemis dan menghukum individu yang menggalakkan mengemis.

Setelah ditangkap di tempat-tempat awam, pengemis Thai akan diambil untuk menerima latihan pekerjaan manakala pengemis asing akan dihantar pulang.

Sementara itu, busking dan lain-lain jenis penghibur jalanan tidak akan dianggap sebagai mengemis, tetapi penghibur perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang.

Ahli NLA, Wallop Tang Kananurak berkata penghibur jalanan telah menunggu bagi undang-undang yang sesuai selama 75 tahun.

Thailand telah mengeluarkan pengawalan mengemis pada tahun 1941, yang tidak membeza-bezakan antara mengemis dan penghibur jalanan atau busking.