Thailand mahu pelancong jatuh cinta pandang pertama

Thailand mahu pelancong jatuh cinta pandang pertama

BANGKOK, 25 Dis (Bernama) – Kerajaan Thailand mahukan pelawatnya ‘jatuh cinta pandang pertama’ apabila tiba di negara itu, namun pada masa sama ia juga mahukan ‘pelawat yang baik-baik’ sahaja.

Itulah matlamat pihak berkuasa Thailand yang menganjurkan kempen ‘Love at First Sight’ (Cinta Pandang Pertama) bermula 24 Dis hingga 4 Jan depan yang menyaksikan pelbagai program diadakan untuk menyambut ketibaan pelancong di lapangan terbang utamanya — Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Don Mueang dan Phuket.

Pada masa sama lebih 100 pegawai yang menyamar turut ditempatkan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi bagi memantau pihak-pihak mencurigakan untuk mengelakkan ancaman keselamatan terhadap negara, kata Pesuruhjaya Biro Imigresen Lt. Jen. Polis Nathathorn Prousoonthorn pada pelancaran kempen, di sini.

Suasana Santai menarik pelancong di Thailand.
Suasana Santai menarik pelancong di Thailand.

Sementara itu, Pengarah Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Siroj Duangrat berkata sepanjang tempoh berkenaan, lapangan terbang tersebut dijadual mengendalikan 222 penerbangan sewa khas dan penerbangan harian biasa dengan unjuran 172,700 penumpang setiap hari.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 142,800 adalah penumpang antarabangsa.

Ini merupakan peningkatan sekitar 20 peratus berbanding tempoh-tempoh biasa, katanya.

Mengulas lanjut mengenai kempen, Komander Imigresen Divisyen 2, Mejar Jen.

ARTIKEL YANG SAMA