Thailand menghoskan bufet terbesar buat gajah

Thailand menghoskan bufet terbesar buat gajah

SURIN, Thailand, 20 Nov (dpa) – Ratusan gajah dikumpulkan pada acara makan gergasi buah-buahan dan sayuran tropika di utara Thailand hari ini dalam bidaan untuk menetapkan rekod baru.

Sejumlah 269 gajah telah berhimpun untuk memakan 67 tan nanas, tembikai, pisang, tebu, jagung, timun dan jicamas, menurut pihak berkuasa setempat di Surin, 430 kilometer timur laut Bangkok.

Ratusan pemerhati mengambil gambar-gambar dan merakamkan video, dengan beberapa memberi makan gajah-gajah itu dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka beli sendiri.

Acara tahunan itu menempa rekod Guinness Dunia pada 2003 bagi bufet terbesar gajah, dengan 269 gajah berdepan 50 tan makanan.

Acara hari ini itu memecahkan rekod itu daripada segi makanan yang dihidangkan. Namun dengan Guinness tidak lagi menerima rekod-rekod berkaitan dengan binatang memakan makanan, acara tersebut disahkan oleh Asia Book of Records dan Thailand Book of Records.

Acara tahunan gajah itu juga diselitkan dengan acara perarakan gajah dan beberapa persembahan, termasuk satu enakmen semula pertempuran bersejarah dan perlawanan bola sepak gajah.

Ia merupakan acara kali ke-55 yang dihoskan oleh Surin, yang menjadi rumah kepada kira-kira suku populasi gajah tempatan negara itu.

Gajah merupakan binatang kebangsaan Thailand. Menurut Institut Gajah Kebangsaan, negara itu mempunyai kira-kira 4,000 gajah domestik dan populasi kira-kira 3,000 gajah liar.

ARTIKEL YANG SAMA