Thailand nafi abai isu perhambaan, pekerja paksa

Thailand nafi abai isu perhambaan, pekerja paksa

BANGKOK, 21 Dis (Agensi) – Kerajaan Thailand berkata hari ini ia tidak mengabaikan isu perhambaan dan pekerja paksa dalam industri udangnya yang dipaparkan dalam siasatan Associated Press yang disiarkan pada minggu lalu.

Jurucakap kerajaan Mejar Jeneral Sansern Kaewkamnerd, diiringi oleh beberapa pegawai polis dan tentera laut, mengadakan sidang media khusus untuk menyelesaikan isu yang dikemukakan oleh laporan AP.

Sansern berkata kerajaan telah pun sedar mengenai perhambaan dalam industri itu sebelum laporan AP dikeluarkan pada 14 Disember. “Pihak berkuasa mendapat tahu lebih awal,” kata beliau.

Kornchai Klaiklung, ketua polis cawangan anti-pemerdagangan manusia berkata, “beberapa perkara termasuk laporan mengenai pekerja yang terikat oleh hutang menarik minat kami dan kami sedang menyiasat dan akan mendakwa mereka”.

Thailand merupakan salah satu pembekal udang terbesar di dunia dan industri eksport makanan lautnya dianggarkan membawa masuk AS$7 bilion setiap tahun. Laporan AP mendedahkan penggunaan berleluasa pekerja penghijrah tanpa permit, kebanyakan mereka dari negara jiran Myanmar.

Mejar Jeneral Sansern Kaewkamnerd. – Agensi
Mejar Jeneral Sansern Kaewkamnerd. – Agensi

Kebanyakan pekerja berkenaan berakhir diperdaya atau dijual kepada kedai mengupas udang di mana mereka dipaksa bekerja 16 jam sehari tanpa cuti dan sedikit atau tanpa gaji untuk beberapa tahun pada satu masa. Ada di antara mereka dikurung. Yang lainnya dibenarkan keluar, tetapi hanya jika mereka meninggalkan anak atau pasangan mereka di belakang sebagai jaminan untuk mengelak mereka daripada melarikan diri.

Sehari selepas laporan AP, Thiraphong Chansiri, presiden Kesatuan Thai, salah satu pengeksport makanan laut terbesar di dunia, meluahkan kekecewaan dan berjanji akan melakukan perubahan.

Beliau berkata siasatan AP harus dijadikan “amaran” kepada industri. Kebanyakan pengeksport telah membeli udang daripada operator lebih kecil yang tidak mempunyai banyak kesilapan.

Pada persidangan akhbar hari ini, pegawai kerajaan tidak menafikan kewujudan pekerja paksa tetapi mempertikai sebahagian daripada artikel, terutamanya dakwaan AP mengatakan polis menerima rasuah dan tidak menghiraukan amalan dalam industri.

“Ia tidak benar,” kata Sansern tanpa mengulas lanjut. Beliau berkata Thailand tidak mungkin menjadi salah satu pengeksport udang terkenal di dunia dengan penggunaan kerja paksa sahaja.

“Terdapat beberapa kriteria yang diperlukan untuk menjadi pemimpin dalam bidang seperti kualiti produk, bukan sahaja pekerja murah sahaja.”

AP berpegang pada laporannya, yang merupakan sebahagian daripada beberapa siri siasatan dalam perhambaan dalam industri perikanan di rantau pada tahun ini.

Lebih 2,000 nelayan yang terperangkap dibebaskan pada awal tahun ini dari sebuah pulau di Indonesia hasil daripada usaha AP. Laporan juga membawa kepada berpuluh-puluh tangkapan, rampasan bernilai berjuta-juta dolar dan cadangan untuk undang-undang persekutuan baru.