Thailand rampas 30kg heroin dalam kapal Taiwan

Thailand rampas 30kg heroin dalam kapal Taiwan

BANGKOK, 1 April (dpa) – Polis Thailand telah merampas sekitar 30kg heroin dan menangkap tiga lelaki yang menaiki kapal pendaftaran Taiwan, lapor media hari ini.

Polis memberitahu para wartawan bahawa tiga lelaki memiliki pasport Taiwan telah ditangkap dan mereka sedang ditahan untuk siasatan lanjut.

Berita Channel Seven News melaporkan bahawa operasi polis bermula awal hari ini di Pelabuhan Khlong Toey, Bangkok, selepas para pegawai menerima maklumat yang kapal tersebut menyeludup dadah.

ARTIKEL YANG SAMA