Thailand rampas tanduk badak sumbu, tangkap penyeludup

BANGKOK, 11 Okt – Pihak berkuasa Thailand telah menangkap dua rakyat China yang disyaki menyeludup tanduk badak sumbu bernilai kira-kira AS$300,000 di lapangan terbang utama Bangkok.

Lapan tanduk badak sumbu dengan berat keseluruhan 6.2kg (13.6 paun) ditemui kelmarin apabila pengawal keselamatan lapangan terbang menjalankan pengimbasan sinar X ke atas bagasi suspek.

Jabatan Kastam berkata hari ini yang dua lelaki itu sedang membuat perjalanan ke Kemboja selepas menaiki penerbangan dari Zambia yang berhenti di Addis Ababa dan Bangkok.

Gambar dari Kastam Diraja Thailand menunjukkan koleksi tanduk badak yang dirampas dipamerkan di Bangkok, Thailand pada 11 Oktober. – AP

Tanduk, darah, kulit dan air kencing dari badak sumbu terancam itu mendapat permintaan tinggi di seluruh Asia bagi kegunaannya dalam perubatan tradisional China.

Pihak berkuasa Thailand berkata mereka telah merampas 38 tanduk sumbu bernilai lebih AS$6 juta dalam tiga kes selama lebih empat tahun lalu.

Suspek berdepan dakwaan melanggar undang-undang kastam dan perlindungan hidupan liar. – AP