Thailand rancang beli 3 kapal selam China

Thailand rancang beli 3 kapal selam China

BANGKOK, 2 Julai (Reuters) – Tentera laut Thailand telah meluluskan rancangan bernilai 36 bilion baht ($1.1 bilion) untuk membeli tiga kapal selam dari China, kata menteri pertahanan negara Asia Tenggara itu hari ini, dalam apa yang dikatakan satu petanda negara itu sedang menyelesakan diri dengan kuasa serantau.

Rampasan kuasa yang diketuai tentera telah menggulingkan kerajaan terpilih Thailand pada Mei tahun lepas, selepas berbulan-bulan berlakunya bantahan jalanan ganas.

Rampasan itu meluasnya dikutuk oleh negara-negara Barat, yang mengurangkan hubungan diplomatik, namun pemerintah tentera mendakwa telah mendapat sokongan dari China berikutan langkah itu.

Sejak itu, Thailand sekutu tradisi Amerika Syarikat (AS) telah berusaha untuk memulihkan hubungan dengan jirannya, dan mempertingkatkan penglibatan dengan China, ketika Beijing meningkatkan pengaruhnya di rantau itu dengan beberapa pinjaman dan bantuan bagi infrastruktur.

Menteri Pertahanan, Prawit Wongsuwan mengatakan pembelian kapal selam itu telah membentuk sebahagian besar bajet pertahanan Thailand pada 2016. Bajet sebanyak 207 bilion baht itu merupakan pertambahan sebanyak 7 peratus tahun ini.

“Jawatankuasa tentera laut Thailand, terdiri daripada 17 orang, telah memutuskan kapal selam mana ia akan pilih,” Prawit memberitahu para wartawan.

“Kami melakukannya selepas melihat kapal selam daripada pelbagai negara dan mendapati kapal China menjadi nilai yang terbaik. Kami menilai dari segi harga, kualiti dan aspek lain.”