Thailand sepadu tangani masalah pendatang

Thailand sepadu tangani masalah pendatang

BANGKOK, 29 Mei (Bernama) – Thailand hari ini menggesa bagi usaha bersepadu oleh semua negara berkaitan – negara asal, transit dan destinasi – bagimenyelesaikan masalah apa yang dirujuk sebagai kebanjiran pendatang tanpa izin di Lautan Hindi.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Thailand Jen Tanasak Patimapragorn berkata kehadiran banyak pendatang tanpa izin di Lautan Hindi telah mencecah tahap amat membimbangkan dan menjejaskan beberapa negara di rantau ini. Tiada negara dapat menyelesaikan masalah ini secara bersendirian, katanyasemasa merasmikan Mesyuarat Khas mengenai Pendatang Tanpa Izin di Lautan Hindi, di sini.

“Ia juga memerlukan tempoh masa dan kerjasama antarabangsa untuk menanganimasalah ini secara komprehensif dalam semangat berkongsi bebanan antarabangsa. Kita perlu saling bekerjasama,” katanya pada persidangan multinasional itu. Tanasak tidak menyebut Rohingya atau warga Bangladesh untuk merujuk kepada pendatang tanpa izin itu.

Beliau berkata Thailand mengambil inisiatif menganjurkan mesyuarat ini dengan tiga objektif utama: pertama, untuk menangani segera situasi kemanusiaanpendatang tanpa izin yang terkandas; keduanya, untuk memerangi masalah jangkapanjang pemerdagangan dan penyeludupan manusia untuk mencegah aktiviti itu daripada berleluasa; dan, ketiganya untuk menangani punca masalah itu. Tanasak berkata minggu lepas, Thailand, Indonesia dan Malaysia telahmengumumkan hasrat untuk terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pendatang yang berada di laut.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Thailand Jeneral Tanasak Patimapragorn (tengah) bergambar ramai dengan delegasi ketika upacara pembukaan rasmi Mesyuarat Khas Mengenai Penghijrahan Luar Biasa di Lautan Hindi di sebuah hotel di Bangkok, Thailand. 29 Mei. – Reuters
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Thailand Jeneral Tanasak Patimapragorn (tengah) bergambar ramai dengan delegasi ketika upacara pembukaan rasmi Mesyuarat Khas Mengenai Penghijrahan Luar Biasa di Lautan Hindi di sebuah hotel di Bangkok, Thailand. 29 Mei. – Reuters

Malaysia dan Indonesia juga menawarkan pelindungan sementara kepadapendatang yang terkandas dengan syarat proses penempatan dan penghantaran pulang akan dilakukan dalam masa setahun oleh masyarakat antarabangsa. Thailand pula sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pendatang terbabit “dengan menggandakan usaha kami”, katanya.

Sejak 26 Mei 26, kapal-kapal Tentera Laut Diraja Thailand telah dikerahkan untuk bertindak sebagai ‘platform terapung’ untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada pendatang berkenaan di laut, katanya.

Tanasak berkata kru kapal terapung itu terdiri daripada pasukan perubatan untuk memberikan rawatan, makanan dan air; pasukan penyiasat untuk menyiasat kemungkinan aktiviti pemerdagangan manusia; dan pasukan pendaftar untuk mengenal pasti dan menyediakan penyelesaian sewajarnya, termasuk dirujuk ke penempatan yang disediakan Indonesia dan Malaysia.

Sekiranya pendaratan amat diperlukan, pendatang berkenaan akan diberi rawatan terlebih dahulu mengikut prinsip kemanusiaan di bawah undang-undang Thailand, katanya. Beliau berkata Thailand juga telah mengerahkan rondaan udara dilakukan TenteraLaut Diraja Thailand dan Tentera Udara Diraja Thailand untuk memantau pergerakan di perairan Thailand, berhampiran kawasan dan perairan antarabangsa untuk membantu misi kemanusiaan, mengikut kemampuannya.