Thailand teruskan perlawanan kelayakan Piala Dunia secara tertutup

Thailand teruskan perlawanan kelayakan Piala Dunia secara tertutup

BANGKOK, 18 Okt – Persatuan Bola Sepak Thailand berkata ia boleh meneruskan kelayakan Piala Dunia secara tertutup, sehingga warga negara itu berkabung berikutan kemangkatan King Bhumibol Adulyadej dan semua bentuk hiburan disekat.

Berpuluh-puluh acara sukan, dan juga konsert dan perayaan-perayaan lain, telah pun dibatalkan dengan orang ramai digesa untuk tidak mengadakan sambutan secara terbuka dalam tempoh berkabung 30 hari itu.

Minggu lepas Thailand meminta Australia jika perlawanan itu boleh ditangguhkan atau dimainkan di gelanggang tertutup, tetapi Sydney menolak permintaan itu, menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Somyot Poompanmoung.

“Oleh itu, kita perlu mengadakan perlawanan (di Bangkok), selepas 30 hari berkabung, dan kami akan memetakan langkah-langkah seperti sama ada untuk membenarkan penonton atau tidak,” katanya dalam satu post Facebook lewat semalam.

Somyot Poompanmoung (tengah) memutuskan aksi kelayakan Piala Dunia Thailand menentang Australia diadakan di dalam stadium tertutup bagi menghormati kemangkatan Raja Bhumibol. – AFP
Somyot Poompanmoung (tengah) memutuskan aksi kelayakan Piala Dunia Thailand menentang Australia diadakan di dalam stadium tertutup bagi menghormati kemangkatan Raja Bhumibol. – AFP

Jika peminat dibenarkan, mereka boleh dikenakan sekatan untuk tidak bersorak atau dikehendaki untuk berpakaian berwarna hitam dan putih, kerana telah menjadi tradisi kebanyakan rakyat Thailand bagi raja yang meninggal dunia, menurut beberapa laporan media.

Australia kini di tempat kedua Kumpulan B peringkat akhir kelayakan Asia bagi tempat di Rusia 2018, manakala Thailand terdesak untuk menang selepas gagal meraih satu mata selepas empat perlawanan.

FAT telah membatalkan baki musim bola sepak tempatan dan berkata kedudukan liga pada 14 Oktober akan menentukan juara dan calon penyingkiran. – AFP