Thailand tingkat pelaburan tenaga solar

Thailand tingkat pelaburan tenaga solar

BANGKOK, 13 Julai (Reuters) – Menjelang Disember, Thailand akan mempunyai lebih banyak kapasiti tenaga solar daripada kesemua negara Asia Tenggara tatkala jumlah wang yang banyak sedang dicurahkan ke dalam sektor itu dalam harapan untuk memupuk sumber tenaga baru untuk membantu menjana ekonomi kedua terbesar di rantau tersebut.

Thailand telah beralih daripada gas asli tatkala simpanan yang banyak itu dijangka kehabisan dalam tempoh satu dekad, memaksanya bergantung pada bahan api import lebih daripada mana-mana negara lain di rantau kecuali Singapura. Satu kemerosotan dalam kos komponen solar dan tarif bersubsidi juga telah membantu menjana keadaan melambung solar negara.

Kira-kira 1,200-1,500 megawat kapasiti solar akan disambungkan ke grid pada tahun ini, memerlukan pelaburan berjumlah 90 bilion baht, beritahu Pichai Tinsuntisook, pengerusi divisyen tenaga yang boleh diperbaharui Persekutuan Industri Thailand beritahu kepada Reuters.

Kapasiti solar Thailand akan meningkat kepada 2,500-2,800 MW pada tahun ini daripada kira-kira 1,300 MW pada 2014. Ia adalah hampir enam kali lebih daripada kapasiti yang ditambah pada tahun lalu. Kapasiti baru itu, sementara sederhana berbanding Jepun atau Jerman, akan mengubah Thailand kepada pengeluar tenaga solar pertama di rantau di mana sektor tersebut baru sahaja dilancarkan.

Pekerja di syarikat tenaga solar memeriksa panel-panel solar di wilayah Nakom Ratchasima, Thailand. – Reuters
Pekerja di syarikat tenaga solar memeriksa panel-panel solar di wilayah Nakom Ratchasima, Thailand. – Reuters

“Thailand mempunyai potensi besar untuk ladang solar dan sistem solar bumbung,” kata Sopon Asawanuchit, pengarah urusan firma penasihat Confidante Capital, menambah lokasinya di kawasan tropika merupakan satu kelebihan.

Sementara sebahagian besar tenaga akan datang daripada ladang solar, panel solar bumbung mungkin mempunyai kapasiti yang cukup dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membekalkan 250,000 keluarga di kawasan bandar, kata pakar tenaga yang boleh diperbaharui.

Thailand bercita-cita menambah kapasiti solarnya kepada 6,000 MW pada tahun 2036. Ia akan menyumbang kepada 9 peratus daripada jumlah penghasilan elektrik, bertambah daripada 4 peratus pada 2014, dan berupaya memenuhi keperluan elektrik untuk 3 juta keluarga.