Thailand tutup pantai akibat bahaya ubur

Thailand tutup pantai akibat bahaya ubur

BANGKOK, 27 Sept – Ubur-ubur Box dan Man of War Portugal yang telah dihanyutkan ke pantai oleh ribut taufan baru-baru ini selatan Thailand telah mengakibatkan para pegawai mengeluarkan amaran kepada mereka yang berenang dan bersnorkel, lapor media tempatan hari ini.

Menurut Phuket Gaze, semalam para pegawai telah mengambil langkah demi keselamatan kepada para perenang dengan menutup pantai-pantai Nai Thon, Nai Yang dan Layan di Pulau Phi Phi, destinasi pelancongan terkenal selatan Thailand.

Peranginan pantai lain di kawasan itu juga menampalkan makluman untuk memberi amaran tentang bahaya ubur-ubur dan telah menubuhkan stesen Bantuan Kecemasan untuk menangani sesiapa yang mungkin disengat.

Ubur-ubur Man of war Portugal diberi nama sempena kapal yang menyerupai topi biru atau ungu Tentera Laut Portugal. Ia adalah di antara spesis marin paling berbisa di dunia.

Sengatan dari spesis ini sangat menyakitkan dan dalam kes-kes teruk membawa maut.

Sementara tidak ada laporan tentang sebarang sengatan oleh ubur-ubur ini di Thailand, para pegawai mengambil setiap langkah berjaga-jaga memandangkan bisa dari haiwan-haiwan ini.

Ketika musim monsun, hujan, angin dan ribut boleh kerap membawa ubur-ubur dan haiwan marin lain yang dijangkakan lebih dekat dengan pantai.

Pasukan-pasukan dari Taman Negara telah memeriksa pantai-pantai yang mana tegahan berenang telah dikenakan, di sepanjang pantai-pantai lain di Phuket, meliputi jarak enam kilometer. Mereka dilaporkan mengumpul sejumlah 145 ubur-ubur Man of War yang mati dan hidup.

Orang yang mandi-manda, yang disengat oleh haiwan ini dikehendaki mencurah air masin ke atas bahagian yang terkena sengatan dan bukannya menggosoknya dengan air atau krim pelindung matahari.

Pulau Pipi memiliki pantai dan air bersih yang menjadikan keindahan semula jadinya dilindungi status taman negara. Pelancongan di pulau itu telah berkembang sejak penggambaran filem ‘The Beach’.

Pulau itu menjadi salah sebuah destinasi terbaik Thailand bagi aktiviti penyelaman skuba, snorkel, berkayak dan kegiatan rekreasi marin lain. – Xinhua