The Choices promosi Burger Fiesta

The Choices promosi Burger Fiesta

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mac – Pasukan cef kreatif The Choices Cafe, Hotel Brunei menawarkan hidangan menarik digemari ramai bermula 26 Mac hingga 16 April ini dalam promosi Burger Fiesta.

Pasukan cefnya yang terdiri daripada Cef Sam Sak dan Dian Indra serta yang lainnya menghasilkan sendiri pati burger kafe itu dengan menampilkan tujuh jenis burger iaitu Mushroom and Cheddar Cheese, Tossed Vegetables with Thai Dressing, Crilled Peppers and Onion Herbs Mayo, Blueberry and Cheese, Kerala Mango, Bargeque Onions, Cheese Egg and Corn Salsa dan Cheese Dressing.

Menurut Cef Sam, pelbagai perisa ditampilkan dan ban burger pula berbeza daripada ban yang biasa digunakan kerana ia menggunakan roti Ciavato yang lebih lembut manakala pati burger pula buatan mereka sendiri yang rangup di luar dan empuk di dalamnya.

Pati burger juga digabungkan dengan rempah seperti burger Kerala Mango yang menggunakan rempah-ratus India menjelmakan rasa manis. Begitu juga burger Thai Dressing, mereka menggunakan herba Thai, tambahnya.

pg08_160323_d

Promosi burger-burger daripada pasukan cef kreatif The Choices Cafe, Hotel Brunei yang tampak menyelerakan.
Promosi burger-burger daripada pasukan cef kreatif The Choices Cafe, Hotel Brunei yang tampak menyelerakan.

Ia dihidangkan dengan kentang goreng dan tambahan $2 untuk minuman ringan atau jus buah-buahan pada harga yang ditetapkan.

ARTIKEL YANG SAMA