The Foxes cuba guna kesempatan

The Foxes cuba guna kesempatan

WATFORD, United Kingdom, 4 Mac (AFP) – Selepas mengharungi minggu dengan emosi yang bercampur baur, Leicester City menuju Watford esok (Sabtu) sebagai komander puncak Liga Perdana Inggeris musim ini dalam persaingan kejuaraan yang luar biasa.

Kekecewaan selepas seri 2-2 dengan West Bromwich Albion di laman sendiri Selasa lalu tidak memadamkan 100 peratus senyuman dari muka skuad The Foxes memandangkan pesaing terdekat mereka Tottenham Hotspur, Arsenal dan Manchester City semuanya tewas 24 jam kemudian.

Kesudahannya, walaupun Foxes gagal untuk memanfaatkan banyak peluang untuk menewaskan West Brom, mereka bertandang ke Vicarage Road sebagai pemimpin liga dengan harapan untuk melebarkan lagi jurang dengan tiga mata.

“Itulah bola sepak,” kata pemain sayap Leicester Marc Albrighton, yang mana pasukannya menewaskan Norwich City 1-0 hujung minggu lalu dengan jaringan kemenangan lewat. “Saya fikir dalam dua perlawanan terakhir di laman sendiri, kami mempunyai banyak peluang untuk memenangi kedua-dua perlawanan.

“Kami menang lewat menentang Norwich tetapi Selasa lalu kami terus berusaha kerana itu yang penting. Kami mempunyai peluang dengan sepakan terakhir permainan tetapi tidak menjadi.”

pg20_160305_logo-EPL

Gambar fail 18 Ogos 2010 menunjukkan Pengerusi dan CEO Kumpulan Peruncit Stadium King Power, Vichai Raksriaksorn (kiri), bersama anaknya Aiyawatt Raksriaksorn, yang juga pembantu beliau (kanan) memegang jersi kelab bola sepak Leicester City semasa pengumuman pengambilalihan kelab berkenaan di Bangkok. Leicester City bangkit daripada pasukan bawahan Liga Perdana dan muncul sebagai komander kelab elit England, sekali gus berjaya menambat hati dunia sukan termasuk di Thailand. – AFP
Gambar fail 18 Ogos 2010 menunjukkan Pengerusi dan CEO Kumpulan Peruncit Stadium King Power, Vichai Raksriaksorn (kiri), bersama anaknya Aiyawatt Raksriaksorn, yang juga pembantu beliau (kanan) memegang jersi kelab bola sepak Leicester City semasa pengumuman pengambilalihan kelab berkenaan di Bangkok. Leicester City bangkit daripada pasukan bawahan Liga Perdana dan muncul sebagai komander kelab elit England, sekali gus berjaya menambat hati dunia sukan termasuk di Thailand. – AFP

Rakan sepasukan Albrighton, Danny Drinkwater yang menjaringkan gol menentang Albion pula menambah: “Selasa itu hari ada suatu ketika kami mara ke arah yang betul.

“Tetapi kami sedikit kecewa kerana tidak mendapat tiga mata tetapi saya rasa kami telah bermain dengan baik dan boleh mengambil banyak perkara positif untuk bekalan Sabtu ini.

“Dua kali memecahkan pertahanan lawan. Mereka juga menjaringkan dua gol tetapi kami boleh menerima keputusan ini dengan positif. Ada perbezaan permainan itu dengan Norwich.”

Dengan lapan kemenangan dan hanya dua kekalahan dalam kempen mereka, Leicester menggunakan rekod terbaik aksi di gelanggang luar dalam Liga Perdana untuk bertandang ke Watford.

The Hornets, sementara itu, menang lima dan tewas lima daripada 14 perlawanan di tempat sendiri menjadikan Leicester berasa yakin untuk meningkatkan harapan mereka merangkul kejuaraan musim ini.

Leicester menewaskan Watford 2-1 di Stadium King Power November lalu tetapi pertemuan yang paling diingati di antara kedua-dua kelab adalah pada Mei 2013 ketika Watford menang 3-2 pada play-off separuh akhir Kejohanan.

The Foxes pulih daripada kekecewaan itu untuk memenangi promosi ke Liga Perdana setahun kemudian dan kini memberikan fokus untuk menjulang trofi selepas musim kedua mereka kembali bersama kelab elit England.

“Ia akan menjadi kunjungan yang benar-benar sukar,” kata Albrighton. “Watford telah menunjukkan mereka adalah pasukan terbaik musim ini. Mereka ada beberapa pemain hebat dengan penyerang berbisa tetapi kami tetap yakin seperti biasa.

“Kami mempunyai musim yang hebat. Kami tidak akan membiarkan keciciran mata di laman sendiri menjejaskan keyakinan pasukan.”

Walau bagaimanapun, Sebastian Proedl percaya Watford mampu untuk mengalahkan pendahulu liga esok dan mempengaruhi corak perebutan gelaran.

Pasukan Quique Sanchez Flores tidak bernasib baik meninggalkan Old Trafford dengan tangan kosong minggu ini selepas gol lewat Juan Mata memastikan kemenangan tipis 1-0 untuk Manchester United.

Dan pertahanan Watford Proedl berkata: “Setiap permainan di Vicarage Road musim ini menjadi sukar bagi pasukan lawan. Jadi mereka perlu diberi amaran. Kami mahu mendapatkan keputusan yang bagus.

“Mereka adalah pesaing besar untuk gelaran dan inilah peluang yang baik bagi kami untuk menunjukkan bagaimana kami telah meningkat musim ini.

“Leicester boleh menang liga. Pada awal musim semua orang terkejut apabila mereka berada di atas tetapi sekarang tiada siapa lagi yang terkejut.”

Cara kekalahan kepada United mungkin mengecewakan tetapi Proedl yakin persembahan pasukan menunjukkan sejauh mana mereka telah meningkat musim ini.

“Mungkin kami boleh mengumpul beberapa mata menentang Leicester selepas tewas menentang United,” kata pengurus dari Austria itu.

“Permainan terbaik adalah apabila anda mencabar pasukan terbaik. Itulah sebabnya kenapa kami berada di sini dalam Liga Perdana Inggeris, untuk bersaing dengan pasukan terbaik.”

Presentation of matchday 12 of the Premier League (135 x 141 mm)
Presentation of matchday 12 of the Premier League (135 x 141 mm)