The Foxes, kisah dongeng luar biasa

The Foxes, kisah dongeng luar biasa

LONDON, 8 April (Reuters) – Sewaktu Leicester City bertemu Sunderland dalam perlawanan pembukaan musim, ramai termasuk penyokong fanatik mereka yang menjangkakan bahawa kelab itu bakal mengharungi satu lagi ujian getir untuk mengelak daripada penyingkiran.

Dalam persediaan mereka untuk bertandang ke laman skuad bimbingan Sam Allardyce Ahad ini, segelintir penyokong telah mula membeli mafla yang memaparkan perkataaan ‘Juara Liga Perdana’.

Pada ketika ramai yang tidak meragui kemampuan mereka untuk mengelak daripada melakukan kesilapan yang tidak sewajarnya, empat kemenangan daripada baki enam perlawanan musim ini bakal memberikan Leicester gelaran sulung dan menyempurnakan kisah dongeng luar biasa dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Reaksi para penyokong The Foxes ketika menyaksikan pasukan mereka menentang Southampton di Stadium King Power, 3 April lalu. – Reuters
Reaksi para penyokong The Foxes ketika menyaksikan pasukan mereka menentang Southampton di Stadium King Power, 3 April lalu. – Reuters

Leicester kini mendahului dengan tujuh mata di depan pasukan yang menghuni tempat kedua Tottenham Hotspur menjelang aksi Ahad ini dan memerlukan 12 mata lagi untuk mengetepikan kelab London itu.Bagi Leicester yang pernah berada di kedudukan tercorot dalam carta liga musim lepas, empat kemenangan dalam enam perlawanan mungkin kelihatannya seperti satu tugas yang mudah.

Namun, skuad bimbingan Claudio Renieri itu masih mampu mengekalkan sikap tenang pada tahun ini, dengan tidak ramai yang menjangkakan mereka akan kecundang pada penghujung ‘perlumbaan’.

Pada ketika pasukan besar melakukan kesilapan dan mempamerkan aksi terumbang-ambing, Leicester pula berlayar dengan cukup lancar mengharungi laut yang bergelora untuk memburu gelaran juara.