The Gunners sambar Elneny

The Gunners sambar Elneny

LONDON, 15 Jan (AFP) – Arsenal mengumumkan kelab itu sah menandatangani pemain tengah Mesir, Mohamed Elneny daripada kelab Switzerland, Basel tetapi tidak mendedahkan yuran perpindahannya, semalam.

“Arsenal sudah menandatangani Mohamed Elneny daripada FC Basel,” umum kelab itu dalam laman web rasmi mereka. “Semua di Arsenal mengucapkan selamat datang kepada Mohamed”.

Walaupun The Gunners tidak mendedahkan yuran perpindahan dan kontraknya, tetapi laporan media di England melaporkan mereka membayar sebanyak 5 juta pound untuk membawa masuk pemain berusia 23 tahun itu ke Stadium Emirates.

Mohamed Elneny menyertai Arsenal dengan bayaran dilaporkan sebanyak 5 juta pound. – Reuters
Mohamed Elneny menyertai Arsenal dengan bayaran dilaporkan sebanyak 5 juta pound. – Reuters

Bercakap selepas skuad bimbingannya seri 3-3 dengan Liverpool, awal pagi tadi, pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata: “Dia sudah menyertai kami dan kita tunggu dan lihat sama ada dia boleh beraksi menentang Stoke City Ahad ini”.

Pemain antarabangsa Mesir itu sudah bersama Basel sejak 2013, membantu kelab itu merekodkan gelaran juara sebanyak tiga kali berturut-turut dalam saingan Liga Super Switzerland. Dia beraksi 28 kali musim ini dan menjaringkan enam gol.

ARTIKEL YANG SAMA