The Gunners terus cemerlang

The Gunners terus cemerlang

LOS ANGELES, 1 Ogos – Alex Oxlade-Chamberlain menjaringkan gol hasil gerakan solo menarik pada babak kedua untuk membantu kelab gergasi Inggeris, Arsenal meraih kemenangan kedua pada jelajah Amerika Syarikat (AS) dengan mengalahkan Chivas Guadalajara 3-1.

Penyerang skuad bawah 21 tahun England, Chuba Akpom yang terlepas dari kawalan pemain Chivas di depan gol turut meledak jaringan pada minit ke-56 untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada aksi di hadapan 24,000 penonton di Stadium StubHub Center.

Akpom turut menjaringkan gol ketika Arsenal menang 2-1 ke atas pasukan Major League Soccer, Khamis lalu di San Jose, California.

Pemain berusia 20 tahun itu berharap dapat meletakkan dirinya dalam skuad utama Arsenal musim ini dan mempamerkan aksi mengagumkan sepanjang jelajah pra-musim di Amerika Syarikat.

Aksi Alex Oxlade-Chamberlain dan Orbelin Pineda serta Michelle Benitez pada separuh kedua di StubHub Center pada Ahad lalu di Carson, California. – AFP
Aksi Alex Oxlade-Chamberlain dan Orbelin Pineda serta Michelle Benitez pada separuh kedua di StubHub Center pada Ahad lalu di Carson, California. – AFP

Terdahulu, Rob Holding membuka tirai jaringan buat Arsenal hasil dari satu sepakan percuma pada minit ke-34.

Angel Zaldivar menjaringkan gol lewat untuk kelab Mexico, Chivas menjadikan kedudukan 3-1, tetapi keputusan memihak kelab Liga Perdana itu kekal hingga tamat permainan.

Chivas, yang bermain dalam Liga MX, divisyen utama Mexico, adalah pasukan yang paling banyak meraih kejuaraan dalam sejarah bola sepak Mexico, dengan 11 gelaran liga dan Kejohanan CONCACAF.

Arsenal, Joel Campbell bernasib baik kerana tidak dikenakan kad merah selepas beliau berhadapan dengan pemain Chivas di bahagian tengah. Kedua-dua pemain telah menerima kad kuning. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA