‘The Hairdresser’ pulang ke tanah air

‘The Hairdresser’ pulang ke tanah air

WASHINGTON, 14 Ogos (AFP) – Amerika Syarikat semalam mengembalikan lukisan minyak hasil seni Pablo Picasso yang dilaporkan dicuri dari sebuah muzium di Paris 14 tahun lepas.

“Lukisan ‘The Hairdresser’, yang Picasso hasilkan di Paris pada 1911 ketika tempoh kubisme, dira,pas oleh agen kastam Amerika Syarikat di New Jersey.

Bernilai sejumlah AS$15 juta, ia disahkan sebagai asli pada Januari olah para pakar dari muzium Centre Georges Pompidou, tempat simpanannya yang terdahulu.

“Picasso biasa mengatakan: ‘Sebuah lukisan benar-benar wujud dalam pandangan seseorang yang melihatnya,” kata Frederic Dore, timbalan ketua misi di Kedutaan Perancis di Washington, di mana lukisan itu dipulangkan secara rasmi kepada Perancis.

Sejurus pulang ke ibu negara Perancis, diplomat itu berkata, ia akan “kembali bernyawa” dan kembali ke pandangan umum selepas menjalani kerja-kerja pemulihan “terima kasih kepada kerjasama mantap kastam Amerika Syarikat dan Perancis.”

Lukisan tersebut disenaraikan sebagai hasil seni yang curi di dalam pangkalan data polis Interpol sejak ia dilaporkan dicuri pada 2001.

Hasil seni tersebut pernah dipamerkan di Munich, Jerman pada 1998 – dan tiada mana-mana pihak yang jelas mengenai kedudukannya selepas itu.