The Horizons Seafood Restaurant perkenal set makan tengah hari eksekutif

The Horizons Seafood Restaurant perkenal set makan tengah hari eksekutif

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Restoran terbaru di bawah naungan Royal Brunei Catering (RBC), The Horizons Seafood Restaurant kini menawarkan set makan tengah hari eksekutif dengan pemandangan Kampong Ayer yang begitu tenang dan indah.

Set ini menampilkan pelbagai hidangan menyelerakan yang boleh dipilih oleh pelanggan seperti Wok Fried Bamboo Clam dengan sos sambal, Wok Fried Chicken dengan sos Mongolian, Wok Fried Squid dan Cashew Nuts dengan sos Kung Pao, Baked Cheese Oyster, Steamed Red Snapper dengan sos Nyonya, Deep Fried Soft Shell Crab, Fried Prawn dengan Salted Egg Yolk dan banyak lagi.

Para pelanggan boleh memilih dua hidangan daripada hidangan utama yang akan disediakan dengan ‘soup of the day’ seperti sup rumpai laut, sup Braised Hot & Sour Szechuan, Salted Vegetable dengan sup makanan laut dan banyak lagi di samping sayur-sayuran dan nasi serta hidangan pencuci mulut.

Para pelanggan yang berminat untuk mencuba set makan tengah hari eksekutif ini bolehlah berkunjung ke restoran berkenaan yang terletak di Waterfront di ibu negara semasa waktu beroperasi.

Set makan tengah hari eksekutif yang ditawarkan oleh The Horizons Seafood Restaurant.
Set makan tengah hari eksekutif yang ditawarkan oleh The Horizons Seafood Restaurant.

ARTIKEL YANG SAMA