The Joker nekad tebus duka

The Joker nekad tebus duka

LONDON, 29 Jun (AFP) – Novak Djokovic tegas mengatakan kekalahannya di Terbuka Perancis sudah menjadi sejarah dan sedia mempertahankan gelaran Wimbledon yang bermula hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu seolah-olah diketepikan sejurus kekalahan di Roland Garros di tangan Stan Wawrinka sedangkan ia peluang terakhirnya untuk melengkapkan karier Grand Slam.

Begitupun, bintang Serbia itu berkata, dia tidak sabar untuk mempertahankan mahkota Wimbledon, sama seperti edisi 2011, muncul juara buat kali pertama di London.

“Saya memerlukan rehat seketika… ia lebih kepada merehatkan mental dan bukannya fizikal,” kata juara kejohanan utama lapan kali, Djokovic yang akan bertemu pemain nombor 33 dunia dari Jerman Philipp Kohlschreiber pada aksi pembukaan hari ini.

“Saya sedar mungkin ada faedahnya saya bermain beberapa perlawanan di gelanggang rumput tetapi ini bukan kali pertama saya bermain di Wimbledon.”

Novak Djokovic semasa menjalani latihan sebagai persediaan untuk Kejohanan All England di Wimbledon semalam. – AFP
Novak Djokovic semasa menjalani latihan sebagai persediaan untuk Kejohanan All England di Wimbledon semalam. – AFP

Kekalahan Dokovic di tangan Wawrinka di Paris yang ketiga baginya sepanjang 44 perlawanan.

Dengan gelaran Terbuka Australia sudah berada dalam genggaman, kekalahan di Paris menjejaskan peluangnya untuk muncul pemain ketiga dalam sejarah, pertama sejak 1969 melengkapkan kalendar Grand Slam.

Begitupun, jika rekod sebelum ini diambil kira, kekecewaan di Paris sering membawa tuah buat Djokovic.

Pada 2011 kekalahan di tangan Roger Federer di Roland Garros menamatkan catatan kemenangan 41 perlawanan baginya.

ARTIKEL YANG SAMA