The Red Devils mampu Bangkit

The Red Devils mampu Bangkit

LONDON, 23 Julai – Kapten skuad kebangsaan Jerman, Bastian Schweinsteiger percaya, kehadirannya menyarung jersi The Red Devils berupaya mengubah kedudukan Manchester United dalam saingan Liga Perdana England pada musim baharu yang bermula Ogos depan.

Schweinsteiger menegaskan, dia sangat berhasrat untuk meraih kejuaraan Liga Perdana England musim ini bersama Manchester United.

Bekas pemain tengah Bayern Munich itu menyertai Manchester United melibatkan kontrak perpindahan bernilai 7.2 juta pound selepas tidak tersenarai dalam perancangan jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola untuk musim akan datang.

Seminggu selepas menjalani latihan bersama United, pemain berusia 30 tahun itu mengaku teruja mendapat peluang beraksi di bawah skuad kendalian Louis van Gaal di Old Trafford.

“Setelah menyertai pasukan ini, saya yakin dapat menjuarai dan merangkul gelaran juara bersama United dalam saingan Liga Perdana England.

Schweinsteiger memanaskan badan sebelum beraksi menentang San Jose Earthquakes dalam kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa di Stadium Avaya San Jose, California kelmarin. – AFP
Schweinsteiger memanaskan badan sebelum beraksi menentang San Jose Earthquakes dalam kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa di Stadium Avaya San Jose, California kelmarin. – AFP

“Pasukan ini mempunyai benteng pertahanan yang baik dan memiliki pemain berkua­liti yang mampu merealisasikan impian untuk merangkul kemenangan pada setiap perlawanan.

“Rata-rata pemain dalam pasukan ini mempunyai pengalaman dan mungkin akan ada lagi pemain terbaik yang akan berada dalam pasukan ini,” katanya.

Ahad lalu, Schweinsteiger menjaringkan gol pertamanya bersama United pada aksi menewaskan America FC dengan keputusan 1-0. – Agensi