The Reds tekad terus berjuang

The Reds tekad terus berjuang

LIVERPOOL, 19 Jan – Kekalahan Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan pencabar utama Manchester United mengancam cita-cita mereka untuk memecah masuk ke kelompok empat kelab terbaik.

Namun kelab berkenaan tidak akan berputus asa untuk layak ke Liga Juara-Juara kata kapten kelab itu, Jordan Henderson.

Inspirasi Luis Suarez membawa Liverpool ke kedudukan kedua pada musim 2013-14 untuk kembali ke saingan Liga Juara-Juara selepas empat tahun.

Namun penyerang Uruguay itu pergi pada penghujung kempen dan skuad The Reds menamatkan kedudukan di tangga keenam musim berikutnya.

Aksi Jordan Henderson (kanan) ketika Liverpool menentang Man United di Anfield Sabtu lalu. - Reuters
Aksi Jordan Henderson (kanan) ketika Liverpool menentang Man United di Anfield Sabtu lalu. – Reuters

Selepas kekalahan 1-0 kelmarin, skuad kendalian Juergen Klopp kini berada di kedudukan kesembilan dalam liga selepas 22 perlawanan, lapan mata di belakang pasukan tangga keempat Tottenham Hotspur.

Henderson mengakui dia tidak pasti jika Liverpool masih boleh menamatkan kedudukan dalam kalangan empat pasukan terbaik, seterusnya mengesahkan pasukan itu berada dalam kedudukan terbaik bagi kejohanan utama di benua itu.

“Kami mesti terus bertarung hingga penamat dan lihat apa yang akan berlaku,” kata Henderson kepada media British.

“Seperti yang saya sentiasa katakan, sama ada anda berada dalam keadaan tidak menentu atau tidak, anda perlu melalui setiap perlawanan yang akan berlangsung.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA