The Runway pe...

The Runway perkenalkan fesyen terkini

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jan – Bagi memulakan tahun baru ini, dua orang pereka berbakat dari Malaysia, Syomir Izwa Gupta dan Xema Su telah berkunjung ke Butik Mewah The Runway di Kiulap, baru-baru ini, bagi melancarkan barisan pakaian fesyen mereka.

Dengan motif-motif sui generis yang diambil daripada sejarah lama legenda Yoko Ono, Syomir memulakan majlis dengan memperkenalkan koleksi Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2016, sementara itu, Xema Su mahu orang ramai tahu bagaimana beliau menyesuaikan fabrik dan les, menurut kenyataan daripada The Runway.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi made-to-measure (MTM) bagi para tetamu yang berminat untuk menempah pelbagai barangan daripada pakaian pengantin atau gaun mewah.

Di samping itu, majlis petang itu turut diselajurkan dengan majlis minum petang bagi menandakan pencapaian suku pertama butik berkenaan.

Syomir Izwa Gupta dan Xema Su ketika berada di Butik The Runway, Kiulap bagi melancarkan barisan pakaian fesyen mereka.
Syomir Izwa Gupta dan Xema Su ketika berada di Butik The Runway, Kiulap bagi melancarkan barisan pakaian fesyen mereka.
Antara pakaian-pakaian fesyen yang terdapat di Butik Mewah The Runway.
Antara pakaian-pakaian fesyen yang terdapat di Butik Mewah The Runway.

Sejak dilancarkan, menurut kenyataan itu, The Runway mempunyai misi dan visi untuk menjadi platform bagi peminat fesyen tempatan dan pereka serantau, sementara menyediakan pakaian asas pada harga mampu milik.

Ini adalah untuk membantu para profesional muda, pelajar dan ibu-ibu bekerja mencari barangan berkualiti, terutamanya dengan Tahun Baru Cina.

Dalam pada itu, The Runway turut memaklumkan bahawa beberapa bulan akan datang, mereka juga akan mengetengahkan barisan pereka seperti PU3, Melinda Looi, Fuzanna dan ramai lagi bagi lebih banyak sesi MTM.

Selain itu, mereka juga akan mengadakan promosi-promosi seperti sempena Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA