The Three Lions suram

The Three Lions suram

LONDON, 29 Jun (AFP) – Skuad bola sepak England sudah pulang ke negara mereka selepas tersingkir daripada kempen Euro 2016, semalam.

Pemain Three Lions dilihat menaiki pesawat yang disewa khas di Lapangan Terbang Luton di mana mereka bertemu dengan kawan dan keluarga.

Tiada senyuman kelihatan di wajah pemain apabila keluar daripada pesawat seorang demi seorang, dengan mempamerkan riak suram dalam cuaca hujan di London. Kereta peribadi yang disewa bagi setiap pemain dilihat menunggu setiap pemain pulang ke rumah.

Pemain yang berpangkalan di Manchester pula tiba kemudian. England ditewaskan Iceland 2-1 pada perlawanan Isnin meskipun mendahului pada tiga minit pertama.

Pemain England bersedia meninggalkan hotel penginapan mereka di Chantilly selepas tersingkir pada pusingan 16 terakhir Euro 2016. – AP
Pemain England bersedia meninggalkan hotel penginapan mereka di Chantilly selepas tersingkir pada pusingan 16 terakhir Euro 2016. – AP

UEFA-Euro-2016-Logo

Roy Hodgson pula terus meletakkan jawatan sebagai pengurus selepas kekalahan itu dengan mengeluarkan kenyataan akhbar dan akhirnya menjawab soalan kepada media buat kali terakhir sambil meminta maaf kepada penyokong.

“Saya tak tahu mengapa saya di sini. Saya tidak dipaksa untuk datang ke sini. Saya tak rasa ia perlu. Saya tetap tidak gembira dengan keputusan ini tetapi ia kini bukanlah kerja saya lagi dan seperti yang saya tulis.

“Tiada apa yang boleh saya katakan kerana ia akan menambah kemarahan dan saya tiada jawapan magik untuk itu.”

“Saya berada di sini kerana ia adalah hari terakhir kerja saya dan mengucapkan selamat maju jaya buat pengganti saya,” kata Hodgson.