Theim singkir...

Theim singkirkan remaja Zverev

P23 C_17217

ROTTERDAM, Belanda, 16 Feb – Dominic Thiem (gambar) dari Austria bekerja keras untuk ke pusingan kedua Rotterdam World Tennis semalam selepas cabaran hambar dari Alexander Zverev berakhir dengan menghempaskan raket.

Pemain remaja dari Jerman itu tewas 3-6, 6-3, 6-4 selepas mendominasi set pertama menentang pemain pilihan kedua, Thiem. Dia menamatkan dengan menghempaskan raket dengan lima kesukaran bagi set terakhir selepas melepaskan servis.

Kesukaran itu tidak membantu, dengan pemain nombor lapan dunia, Thiem mara selepas pertandingan selama satu dan tiga suku jam untuk seterusnya menghadapi Gilles Simon dari Perancis.

Grigor Dimitrov mara dengan kemenangan 6-7 (4/7), 6-2, 6-4 ke atas abang Alexander, Mischa Zverev ketika pemain yang meningkat dari Bulgaria itu mencatatkan kemenangannya yang ke-15 pada tahun 2017.

Dimitrov, yang memenangi gelaran kedua musim ini hujung minggu lalu di gelanggang sendiri di Sofia, terpaksa bekerja keras untuk mengetepikan persaingan Zverev yang mengejutkan pemain nombor satu dunia, Andy Murray pada Terbuka Australia bulan lalu.

Dimitrov, 25, memperbaiki kedudukan 15-1 musim ini dan seterusnya akan menghadapi Denis Istomin, yang berjaya menewaskan Novak Djokovic pada pusingan kedua di Melbourne dalam pertandingan pembukaan musim, Grand Slam.

Dimitrov, pilihan kelima, melakarkan kemenangan di bawah dua jam, mencatatkan ‘ace’ ke-11 bagi menghasil-kan mata penamat dan empat dari sembilan kedudukan.

“Saya gembira dengan kemenangan tersebut. Mischa menyukarkan saya dengan permainannya. Saya terpaksa berjuang untuk menang,” kata Dimitrov, yang juga juara di Brisbane dan finalis separuh akhir Terbuka Australia pada Januari lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA