Thiago bantu Bayern tundukkan Anderlecht

MUNICH, Jerman, 13 Sept – Rembatan pada separuh masa kedua Thiago Alcantara membantu Bayern Munich menang 3-0 dengan mengetepikan Anderlecht yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam aksi pembukaan kumpulan Liga Juara-Juara semalam.

Selepas Robert Lewnadowski menyempurnakan sepakan penalti, Thiago menukar kedudukan memihak kepada Bayern sebelum Joshua Kimmich menjaringkan gol ketiga di Allianz Arena.

Bagaimanapun, biarpun beraksi hampir 80 minit dengan kelebihan pemain berikutan penyingkiran Sven Kums lebih awal, ini bukanlah permainan yang meyakinkan dari Bayern menentang Anderlecht.

“Kami seharusnya menguasai permainan. Pada akhirnya, Anderlecht memiliki sedikit peluang untuk menyamakan kedudukan dan mereka tidak berjaya melakukannya. Dengan kelebihan seorang pemain, kami seharusnya melakukan lebih banyak lagi,” jelas Kimmich.

Arjen Robben yang bersetuju Bayern seharusnya lebih banyak klinikal berkata: “Tidak terdapat sebarang rentak dalam permainan kami. Kami perlu menunjukkan sedikit keazaman,” kata pemain sayap dari Belanda itu.

Midfield Bayern, Joshua Kimmich (kiri) berjaya membolosi gawang penjaga gol Anderlecht dari Belgium, Matz Sels dalam aksi Liga Juara-Juara Kumpulan B di Munich, kelmarin. – AFP

“Penonton layak menerima lebih banyak lagi. Kami perlu memberikan lebih banyak. Kami seharusnya menamatkan mereka apabila mereka dikurangkan seorang pemain.”

Bayern perlu memperbaiki persembahan di Paris Saint-Germain, yang menewaskan Celtic 5-0 di Glasgow dalam tempoh dua minggu. Persaingan Bayern-PSG di Parc de Princes dilihat bakal mencorakkan persaingan dalam Kumpulan B.

Ketua jurulatih Carlo Ancelotti memberikan reaksi terhadap kekalahan mengejut Bayern 2-0 di Hoffenheim dengan menggugurkan Thomas Mueller dan memberikan aksi pertama kepada James Rodriguez yang baru ditandatangani di bahagian midfield.

Pemain sayap veteran Robben dan Franck Ribery yang bermula di bangku simpanan di Hoffenheim, kembali dalam kesebelasan utama. Thiago kembali ke bahagian pertahanan midfield bersama pemain antarabangsa Perancis Corentin Tolisso.

Bayern merampas inisiatif itu selepas hanya 12 minit apabila Anderlecht melakukan rembatan. Hantaran Tolisso meletakkan Lewnadowski jauh dan pertahanan Anderlecht Kums menjatuhkan penyerang dari Poland itu dalam kawasan penalti ketika dia dalam laluan untuk menjaringkan gol. – AFP