Thiem julang ATP Stuttgart

Thiem julang ATP Stuttgart

STUTTGART, Jerman, 13 Jun (AFP) – Dominic Thiem dari Austria muncul johan ATP Stuttgart hari ini selepas perlawanan akhir yang sepatutnya berakhir semalam itu ditangguhkan ke hari ini dalam perlawanan akhir menentang Philipp Kohlschreiber dari Jerman.

Kohlschreiber mendahului Thiem 3-2 pada tie break set pertama semalam apabila perlawanan dihentikan pada hari itu.

Namun pemain nombor tujuh dunia itu meningkatkan permainannya, yang membuatkan dia memenangi perlawanan itu 6-7 (2/7), 6-4, 6-4.

Thiem, yang naik ke tangga 10 teratas ATP minggu lepas, selepas aksi perlawanan separuh akhir Terbuka Perancis, telah memenangi tiga gelaran tahun, memenangi di Buenos Aires, Acapulco dan Nice.

Pemain berusia 22 tahun itu, yang menyelamatkan dua mata perlawanan apabila dia menyingkirkan Roger Federer di saingan suku akhir, begitu berjaya dalam bidaan untuk menjadi pemain pertama musim ini untuk meraih trofi di tiga gelanggang berbeza (tanah liat, hardcourt dan rumput).

Dominic Thiem menjulang trofi berkenaan bersama kereta Mercedes Benz SL-500 yang juga dimenangi. – AFP
Dominic Thiem menjulang trofi berkenaan bersama kereta Mercedes Benz SL-500 yang juga dimenangi. – AFP