Thiem jumpa Kohlschreiber di final

Thiem jumpa Kohlschreiber di final

STUTTGART, Jerman, 12 Jun (AFP) – Roger Federer gagal untuk menyudahkan dua mata penamat ketika Dominic Thiem mengejutkan pilihan utama itu di atas gelanggang rumput dalam pertandingan separuh akhir di Stuttgart yang terjejas dengan hujan semalam.

Legenda Siwtzerland itu, yang kembali daripada kecederaan belakang yang menyaksikannya tidak beraksi dalam Terbuka Perancis, melihat persediaannya bagi pertandingan Wimbledon terjejas ketika Thiem bangkit 3-6, 7-6 (9/7), 6-4.

Piliha ketiga Thiem, pemain separuh akhir Roland Garros yang berada dalam 10 kedudukan terbaik ATP minggu ini, hari ini akan beraksi bagi gelaran keempatnya musim ini menentang Philipp Kohlschreiber, yang menewaskan Juan Martin del Potro 6-3, 6-4 selepas terjejas akibat hujan lebih dari tiga jam.

“Anda selalu merasakan kekecewaan apabila anda tewas dengan mata penamat,” kata Federer selepas menyerahkan mata penamat yang akan memberikannya kemenangan straight set. “Tetapi tewas dalam mana–mana pertandingan tidaklah hebat.”

Pertandingan itu dihentikan sebanyak dua kali bagi purata sejam akibat hujan turun, tetapi Federer yang akan berusia 35 tahun pada Ogos depan tidak berusaha untuk membuat sebarang alasan.

Federer nampaknya tidak dapat menghalang kemaraan pemain muda Dominic Thiem. – AFP
Federer nampaknya tidak dapat menghalang kemaraan pemain muda Dominic Thiem. – AFP
Dominic berjaya menewaskan Roger Federer untuk meraih tempat ke perlawanan akhir. – AFP
Dominic berjaya menewaskan Roger Federer untuk meraih tempat ke perlawanan akhir. – AFP

“Ia adalah pertandingan menarik daripada kedua pemain dalam keadaan sukar,” katanya.

Juara Grand Slam 17 kali itu, yang memenangi set pertama, memberikan persaingan selepas ketinggalan 5-1 pada set kedua, menafikan pemain dari Austria itu ketika dia membuat servis bagi memenangi set itu.

Federer mengheret set itu dalam tiebreaker, di mana dia mempunyai peluang mat apenamat, tetapi Thiem bertahan dan kemudian memenanginya.

Set ketiga terganggu selepas permainan kelima dengan Thiem mendapatkan break selepas Federer terlepas voli di jaring.

“Kami mendapatkan peluang kami,” kata Federer. “Kembali pada set kedua adalah bagus tetapi ia sukar untuk tewas dalam breaker.

“Saya boleh beraksi dengan lebih baik, tetapi dia hadir dengan beberapa pukulan yang bagus apabila dia memerlukannya.”

Thiem menggelar kejayaannya itu sebagai salah satu yang terbaik, yang berkata menewaskan Federer di gelanggang tanah liat di Rom pada bulan lalu tidak dapat dibandingkan.