Thiem menyerlah di Argentina

Thiem menyerlah di Argentina

BUENOS AIRES, 15 Feb – Bintang muda Austria, Dominic Thiem meneruskan sentuhan magis ketika mengejutkan Rafael Nadal di separuh akhir dengan menewaskan pemain Sepanyol, Nicolas Almagro 7-6 (7/2), 3-6, 7-6 (7/4) dalam pertembungan final Terbuka Argentina, awal pagi tadi.

Thiem, yang menghuni ranking ke-19 dunia dan pemain termuda dalam senarai 20 terbaik dunia, menyambar gelaran peribadi keempat di atas gelanggang tanah liat.

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini pernah menjuarai acara di Gstaad, Umag and Nice, semuanya pada kempen 2015.

Thiem mara ke final selepas mengetepikan Nadal 6-4, 4-6, 7-6 (7/4) kelmarin, selepas bertarung sengit hingga ke mata akhir.

Almagro, 30, pernah muncul juara dalam saingan di Buenos Aires pada 2011. – AFP

Pemain muda Dominic Thiem (kiri) menewaskan pemain yang lebih berpengalaman Nicolas Almagro pada perlawanan akhir Terbuka Argentina. – Reuters
Pemain muda Dominic Thiem (kiri) menewaskan pemain yang lebih berpengalaman Nicolas Almagro pada perlawanan akhir Terbuka Argentina. – Reuters