Thoiran Ababil juara Paintball Brumingham

Thoiran Ababil juara Paintball Brumingham

BIRMINGHAM, United Kingdom, 13 Mac – Thoiran Ababil yang diketuai oleh Kapten Muhammad Ali Mahdan muncul juara Kejohanan Tahunan ke-10 Paintball Khas Brumingham sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

LUFBRU Budimen dan ITGMA masing-masing muncul sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga selepas lapan pasukan yang terdiri daripada 120 pelajar berentap di Warped Sports di Cosford, Wolverhampton.

Kejohanan itu merupakan anjuran Persatuan Pelajar Brunei Birmingham (BBSs) yang lebih dikenali sebagai Brumingham.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh tetamu kehormat Pengarah Pengajian, Awang Ahmad Faisal bin Haji Zainal Abidin dan Warden dari Unit Pelajar Brunei, Haji Mohd Shril bin Haji Matsawali.

Gambar ramai pemenang, kumpulan Thoiran Ababil.
Gambar ramai pemenang, kumpulan Thoiran Ababil.

ARTIKEL YANG SAMA