Thomas tarik diri kejohanan Virginia

Thomas tarik diri kejohanan Virginia

LONDON, 15 Sept (Reuters) – Geraint Thomas telah menyertai rakan Team Sky Chris Froome untuk menarik diri daripada Kejohanan Perlumbaan Jalan Raya Dunia di Virginia bermula pada hujung minggu ini, sambil berkata dia tidak sihat dari segi fizikal untuk melakukannya.

“Ia merupakan keputusan yang sukar untuk dibuat tetapi musim-musim sebelumnya telah memberi kesan teruk kepada saya dan saya tidak rasa saya mampu melakukannya,” tulis pelumba Wales Thomas, 29, di laman Facebook.

“Saya tidak mahu pergi ke sana hanya untuk memenuhi jumlah pelumba, saya mahu bersikap bersaing atau sekurang-kurangnya melakukan kerja yang terbaik untuk pasukan.”

Thomas, yang membantu Froome memenangi kejohanan Tour de France pada tahun ini, sedang mensasarkan tahun besar pada 2016 dengan Olimpik dan Tour menjadi keutamaan.