Thompson terpantas

Thompson terpantas

RIO DE JANEIRO, 18 Ogos – Pelari Jamaica, Elaine Thompson mengesahkan gelaran pecut berganda menjadi miliknya selepas mengungguli pentas final 200 meter wanita, semalam.

Thompson, yang memenangi acara 100m pada Sabtu lalu, melakar catatan 21.78 saat untuk mengetepikan pelari Belanda, Dafne Schippers, yang meraih perak dengan catatan 21.78s.

Ini adalah gelaran pecut berganda pertama untuk wanita sejak pemegang rekod dunia dari Amerika Syarikat

(AS), Florence Griffith Joyner melakukannya pada edisi 1988 di Seoul, Korea Selatan.

Pelari AS, Toni Bowie menyambar pingat gangsa (22.15s).

pg24_160819_olympic logo

Elaine Thompson meraikan kejayaan memenangi pingat emas dalam final acara 200 meter wanita di Stadium Olimpik Rio, kelmarin. – AP
Elaine Thompson meraikan kejayaan memenangi pingat emas dalam final acara 200 meter wanita di Stadium Olimpik Rio, kelmarin. – AP

Thompson yang berlari di lorong keenam, dicabar hebat oleh wakil Trinidad & Tobago, Michelle-Lee Ahye pada 80 meter pertama, namun Schippers yang bermula perlahan mengejar pantas untuk terpaksa akur berdasarkan penentuan penyudah foto.

Thompson mengakui bahawa beliau mengikuti jejak langkah Veronica Campbell-Brown, pemenang 200m pada Sukan Olimpik tahun 2004 dan 2008, dan juga Shelly-Ann Fraser-Pryce, yang memperolehi emas 100m di Beijing dan London empat tahun lalu.

“Saya menghabiskan zaman kanak-kanak saya membesar menonton Veronica dan kemudian Shelley-Ann,” kata Thompson.

Tetapi pelari daripada Jamaica itu berkata bahawa beliau tidak menaruh harapan emas dalam Sukan Olimpik Rio.

“Harapan saya menyertai Sukan Olimpik ini adalah saya hanya mahu ianya berjalan selancar yang mungkin,” katanya. – AFP