Thomson presiden baru UNGA

Thomson presiden baru UNGA

NEW YORK, 14 Sept – Duta Fiji ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Peter Thomson, dilantik sebagai Presiden baru Perhimpunan Agung badan dunia itu (UNGA).

Thomson mengangkat sumpah semalam, pada pembukaan sesi ke-71 badan 193 negara anggota itu. Thomson berkata, sepanjang tempoh penggalnya selama setahun, beliau mahu membina pencapaian seperti dilakukan presiden terdahulu dari Denmark, Mogens Lykketoft.

“Kami akan berusaha mencari kaedah baharu untuk mengekalkan keamanan dan menyelesaikan konflik yang sudah berakar umbi, mengurangkan kekejaman global, menguruskan aliran kedatangan pendatang dan pelarian dengan lebih baik. Kami akan menyelesaikan banyak krisis kemanusiaan yang mengingatkan kita kepada jutaan penduduk dunia yang masih dinafikan keperluan asas untuk kehidupan lebih selamat,” katanya. – AP

Peter Thomson mengangkat sumpah semasa pembukaan sesi ke-71 Perhimpunan Agung PBB di ibu pejabat PBB, New York, kelmarin. – Xinhua
Peter Thomson mengangkat sumpah semasa pembukaan sesi ke-71 Perhimpunan Agung PBB di ibu pejabat PBB, New York, kelmarin. – Xinhua