Thongchai juarai Terbuka Perancis

Thongchai juarai Terbuka Perancis

AINT-QUENTIN-EN-YVELINES, Perancis, 4 Julai – Bintang golf, Rory McIlroy terpaksa berpuas hati untuk menamatkan Terbuka Perancis di tempat ketiga dengan kejuaraan menjadi milik pemain Thailand, Thongchai Jaidee.

Thongchai meraih kemenangan dengan kelebihan empat pukulan di depan pencabarnya pada edisi ke-100 Terbuka Perancis di Lapangan Golf National, semalam.

Mengharungi pusingan terakhir dengan kelebihan dua pukulan, catatan tiga bawah par 68, semalam menyaksikan bintang golf Asia itu mudah menamatkan saingan dengan catatan keseluruhan 11 bawah par.

Pemain berusia 46 tahun mengharungi 39 pukulan tanpa melakukan sebarang bogey sebelum memilih jalan selamat pada lubang ke-72 ketika kejuaraan sudah menjadi miliknya.

Ia adalah kemenangan kelapan pemain di ranking ke-57 dunia itu dalam Jelajah Eropah namun lebih menakjubkan kedudukan 10 terbaik pertamanya, musim ini. – AFP

Aksi Thongchai pada pusingan terakhir Golf Terbuka Perancis semalam di Guyancourt. Thongchai meraih kemenangan dengan kelebihan empat pukulan di depan pencabarnya pada edisi ke-100 itu. - AFP
Aksi Thongchai pada pusingan terakhir Golf Terbuka Perancis semalam di Guyancourt. Thongchai meraih kemenangan dengan kelebihan empat pukulan di depan pencabarnya pada edisi ke-100 itu. – AFP