Thunder kejutkan Spurs dengan kemenangan 95-91

Thunder kejutkan Spurs dengan kemenangan 95-91

LOS ANGELES, 11 Mei (AFP) – Russell Westbrook menjaringkan 35 mata sebagai Oklahoma City Thunder bangkit untuk mengejutkan San Antonio Spurs 95-91 dan mendahului 3-2 dalam siri perlawanan penentuan separuh akhir Western Conference semalam.

Oklahoma City ketinggalan 13 mata ketika Spurs kelihatan cuba menewaskan pasukan itu di hadapan penyokong mereka di AT & T Center.

Tetapi permainan berubah sekelip mata dengan kebangkitan Thunder pada separuh masa keempat perlawanan yang sekal gus membawa Thunder merangkul kemenangan semula di laman sendiri pada perlawanan keenam di laman sendiri, khamis ini.

San Antonio kelihatan menghampiri kemenangan selepas Kawhi Leonard berjaya menewaskan Thunder dan meletakkan Spurs 88-82 di hadapan dengan hanya lebih empat minit sebelum tamat.

Walau bagaimanapun, Oklahama City mempamerkan aksi agresif untuk mengejar lebih lapan mata untuk menewaskan pencabar mereka.

Aksi Westbrook ketika menentang Spurs pada perlawanan separuh akhir Western Conference semalam. – AFP
Aksi Westbrook ketika menentang Spurs pada perlawanan separuh akhir Western Conference semalam. – AFP

Pemain Oklahoma City, Enes Kanter memainkan peranan penting, beraksi dengan menyekat Spurs, Tim Duncan sebelum mengutip mata dan meletakkan Thunder sehingga 90-88 di hadapan.

San Antonio, Tony Parker mengikat permainan dengan menjadikannya 90-90, tetapi dua lemparan bebas dari Kevin Durant menjadikan kelebihan dua mata Oklahoma City di 92-90 di hadapan.

Parker cuba mengikat kembali permainan tetapi sebaliknya terlepas salah satu daripada dua lemparan bebas untuk menjadikannya 92-91. Bintang

Perancis itu kemudian mencuba menjaringkan bola tetapi terlepas dengan hanya lebih sembilan saat yang tinggal.

Westbrook kemudian beraksi sebelum menambah lontaran percuma dengan 6.3 saat untuk meraih kemenangan dengan berkesan.

Westbrook hanya terlepas satu lagi triple-double, menamatkan dengan 11 rebound dan sembilan asis dalam tambahan kepada jarak 35 mata.

“Kami merasa tersekat dan Westbrook semakin agresif malam ini,” kata Durant selepas itu.

Durant merupakan penjaring tertinggi untuk Oklahoma City, melakukan jaringan dengan memperolehi 23 mata.

ARTIKEL YANG SAMA