Thunder mengganas dalam Game 3

Thunder mengganas dalam Game 3

LOS ANGELES, 23 Mei (dpa) – Kevin Durant mencatatkan 33 mata dan Russell Westbrook mencatatkan 30 dengan 12 asis untuk menerajui Oklahoma City Thunder dengan 133-105 ke atas juara bertahan NBA, Golden State Warriors semalam bagi mendahului 2-1 dalam perlawanan akhir Western Conference.

Serge Ibaka menjaringkan 14 mata, sementara pemain simpanan Dion Waiters dan Andre Robertson masing–masing menambah 13 bagi Thunder, yang mendahului sekitar 41 untuk kembali bangkit daripada kekalahan Game 2 pada Rabu lalu dengan kiraan 118-91.

Thunder menguasai dengan 32-7 bagi mendahului 72-47 pada suku masa pertama, selepas perlawanan tersebut terikat pada kedudukan 40-40 dengan perlawanan hanya berbaki lapan minit pada suku kedua.

Durant mencatatkan 23 mata dan Westbrook 16 ketika KC membuat lontaran 52 peratus sambil mengekang pasukan pelawat kepada 34 peratus.

OKC mendahului kedudukan 48-40 apabila Draymond Green dari pasukan Warriors berada di sudut kanan dan menyepak pemain tengah Thunder, Steve Adam di bahagian pangkal paha menerusi lompatan susulan dengan perlawanan berbaki 5:57 pada suku kedua.

Aksi kedua-dua pasukan di bawah jaring. – AFP
Aksi kedua-dua pasukan di bawah jaring. – AFP

Pengadil melihat kembali perlawanan dalam monitor di luar gelanggang sementara penyokong Thunder melaungkan, “Keluarkan dia, keluarkan dia.”

Green ditiupkan wisel kerana melakukan faul pertama. Selepas membuat lontaran bebasnya, Adam membuat serangan pada akhir persaingan bagi menghasilkan 24-5, dengan Durant meletakkan 10 dan Westbrook tujuh.

Penguasaan itu berterusan dan Thunder mendahului 117-80 selepas tiga suku perlawanan, sebelum mara kepada kemenangan.

Pemain MVP liga dua kali, Stephen Curry mencatatkan 24 mata, sementara Klay Thompson menambah 18 bagi pasukan teratas Warrios, yang membuat lontaran 41 peratus dan 10 dari 33 dengan three-pointer. Oklahoma City akan menjadi hos dalam Game 4 esok dalam siri best-of-seven.

ARTIKEL YANG SAMA