Thunder tewaskan Clippers 100-99 pada saat-saat akhir

Thunder tewaskan Clippers 100-99 pada saat-saat akhir

OKLAHOMA, 22 Dis (Reuters) – Kevin Durant menghasilkan kemenangan dengan perlawanan hanya berbaki 5.8 saat dan menghalang lontaran Chris Paul ketika menghampiri loceng, yang membolehkan Oklahoma City Thunder menang 100-99 ke atas Los Angeles Clippers semalam di Staples Center. Pemain barisan belakang, Russell Westbrook mencatatkan 33 mata dan menghasilkan tujuh asis, sementara Durant menambah 24 mata dan sembilan rebounds ketika Thunder memenangi perlawanan buat kali ke lapan dalam sembilan perlawanan.

Serge Ibaka menyumbang 17 mata dan lapan rebounds bagi Oklahoma City (19-9).

Paul mencatatkan 32 mata dan 10 asis untuk memberikan pendahuluan kepada Clippers, yang tewas untuk kali ketiga berturut–turut. Pemain barisan depan Blake Griffin dan pemain barisan belakang, J.J. Redick masing–masing menjaringkan 15 mata bagi Los Angeles (16-13). Lompatan Ibaka dalam garisan mengikat kedudukan 93-93 dengan perlawanan berbaki 3:13 sebelum kedua-dua buah pasukan berbalas–balas pendahuluan. Lontaran dari Griffin memberikan Clippers pendahuluan dua mata dengan perlawanan hanya berbaki 2:08.

Kevin Durant yang beraksi cemerlang menyelamatkan pasukannya pada saat-saat akhir. – AFP
Kevin Durant yang beraksi cemerlang menyelamatkan pasukannya pada saat-saat akhir. – AFP

Three pointer yang dihasilkan Westbrook menyaksikan Oklahoma City mendahului 96-95, tetapi pergerakan dunk dari Griffin meletakkan kembali Los Angeles dengan 97-96 dengan perlawanan berbaki 37.8 saat.

Westbrook membalas dengan lompatan yang memberikan Thunder pendahuluan sekali lagi ketika perlawanan hanya tinggal 29.1. Dalam posisi Clippers seterusnya, Westbrook merampas bola dari Redick dengan berbaki 14 saat. Bagaimanapun, pemain barisan belakang All Star gagal untuk mendapatkan hantaran dari Dion Waiters, dan Paul mendapatkan bola liar dan menyudahkannya, yang jelas memberikan pendahuluan Clippers 99-98 dengan berbaki 10.9 saat.

Durant kemudian menyudahkan dengan lompatan bagi Oklahoma City. Kedua buah pasukan menamatkan lontaran dengan 47.1 peratus.