Tiada akses media di Gabon jejas rakyat

Tiada akses media di Gabon jejas rakyat

LIBREVILLE, 5 Sept – Akibat daripada tiada akses media di Gabon mengakibatkan orang ramai mencari-cari orang tersayang mereka dengan harapan dan khabar angin, berikutan keganasan pengumuman Presiden Ali Bongo dipilih semula.

Setakat ini keganasan selepas pilihan raya telah meragut tujuh nyawa di seluruh negara itu, menurut AFP; enam orang awam, keseluruhannya dari ibu bandar Libreville, dan seorang pegawai polis di utama bandar utara Oyem.

Khabar angin mengenai jumlah kematian yang tinggi, terutamanya di bandar ekonomi Port-Gentil, telah berlegar-legar sekitar kawasan itu meskipun kekurangan akses internet.

Kira-kira 800 orang telah ditahan di ibu negara sejak keputusan pilihan raya hujung minggu lalu yang diumumkan pada Rabu, menurut perangkaan rasmi.

Seorang lelaki memaparkan pelekat yang bermaksud “Tidak kepada diktator Bongo! Keluar!” semasa satu demonstrasi menentang Presiden Ali Bongo di Old Port of Marseille, kelmarin. – AFP
Seorang lelaki memaparkan pelekat yang bermaksud “Tidak kepada diktator Bongo! Keluar!” semasa satu demonstrasi menentang Presiden Ali Bongo di Old Port of Marseille, kelmarin. – AFP

“Kami menyeru untuk senarai mereka yang ditahan dan balai polis mana mereka sedang ditahan,” kata peguam Jean-Pierre Akumbu M’Oluna.

Bongo diisytiharkan menang dengan majoriti tipis dengan kiraan di bawah 6,000 undi, tetapi pencabar utamanya Jean Ping, seorang diplomat veteran dan bekas pegawai kanan Kesatuan Afrika, menegaskan pilihan raya dibelenggu penipuan dan mendakwa dirinya menang pada Jumaat lalu. – AFP