Tiada aktiviti jenayah di Kg. Pelambayan

Tiada aktiviti jenayah di Kg. Pelambayan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Dalam usaha berterusan menjaga keamanan kampung dan sekitarnya, Balai Polis Pusat telah mengadakan operasi rondaan pencegahan jenayah bersama Pengawasan Kejiranan Kampung Pelambayan, Mukim Kota Batu, kelmarin.

Sebelum operasi dijalankan, taklimat mengenainya telah diadakan di Masjid Kampung Pelambayan yang diselajurkan dengan penyerahan buku panduan Pengawasan Kejiranan yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Penguasa Balai Polis Pusat, Penolong Penguasa Polis Percubaan Mohd ‘Izzuddin Hanis bin Haji Mohd Salleh kepada Ketua Kampung Pelambayan, Haji Hanipah bin BPUK Haji Junit.

Menurut kenyataan yang diterima, di sini, rondaan berjalan kaki dijalankan di sekitar kawasan jeti dan sepanjang jalan Kota Batu dari kedai runcit Pelambayan hingga ke Muzium Teknologi Brunei.

Operasi selama satu jam lebih yang bermula jam 10:30 malam itu tidak menemui sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Antara yang terlibat dalam operasi cegah jenayah di Kampung Pelambayan.
Antara yang terlibat dalam operasi cegah jenayah di Kampung Pelambayan.

ARTIKEL YANG SAMA