Tiada aktiviti jenayah semasa rondaan di Sg Liang

Tiada aktiviti jenayah semasa rondaan di Sg Liang

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 19 Okt – Polis melaporkan tiada sebarang aktiviti jenayah ditemui semasa pemeriksaan bersepadu dilakukan malam tadi melalui Operasi Pencegahan Jenayah di sekitar kawasan Kampung Lumut dan Kampung Sungai Liang di sini.

Operasi tersebut yang dilakukan secara berterusan untuk memantau keselamatan penduduk kampung dan juga untuk mencegah sebarang kegiatan jenayah, telah melibatkan penyertaan anggota polis Balai Polis Sungai Liang bersama dengan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Sungai Liang.

Pemeriksaan secara rondaan berjalan kaki dan menggunakan kenderaan melibatkan seramai 14 anggota Balai Polis Sungai Liang bersama tiga orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lumut 1 dan lima orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Sungai Liang telah diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Mohd Sofian bin Haji Kifli.

Rondaan telah dilakukan secara berjalan kaki dan menggunakan kenderaan di sekitar kawasan Jalan Kecil Pantai Sungai Liang, di kawasan Kampung Sungai Bakong dan kawasan terdapatnya rumah-rumah kosong serta kawasan perumahan teres RPN Kampung Lumut.

Antara yang terlibat dalam Operasi Pencegahan Jenayah di sekitar kawasan Kampung Lumut dan Kam-pung Sungai Liang malam kelmarin.
Antara yang terlibat dalam Operasi Pencegahan Jenayah di sekitar kawasan Kampung Lumut dan Kam-pung Sungai Liang malam kelmarin.

Turut serta dalam operasi tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga selaku Ketua Kampung Lumut 1, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad dan juga Pemangku Ketua Kampung Sungai Liang, Haji Ibrahim bin Dato Maharaja Setia Dian.

Operasi pemeriksaan tersebut yang bermula dari tengah malam telah berakhir pada kira-kira pukul 3:00 pagi tadi.

ARTIKEL YANG SAMA