Tiada alasan untuk yuan jatuh lagi

Tiada alasan untuk yuan jatuh lagi

SHANGHAI, 14 Feb – Ketua bank pusat China telah menyalahkan spekulator asing sebahagiannya atas keadaan turun naik dalam yuan dan berkata tidak adanya asas untuk mata wang itu merosot seterusnya, menurut satu temu bual dalam majalah Caixin.

Ekonomi China bertumbuh 6.9 peratus pada 2015, kadar paling perlahan sejak 1990, dan modal telahpun mengalir keluar dari negara disebabkan kebimbangan mengenai pertumbuhan lembap, menyebabkan mata wang menjadi lemah.

Media kerajaan China telah mensasar pelabur George Soros kerana berkata pada Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini di Davos bahawa satu kemelesetan untuk ekonomi kedua terbesar dunia ‘tidak dapat dielakkan.’

Pada awal Januari China memimpin yuan, juga dikenali sebagai renminbi, berkurangan dengan menetap kadar harian lebih rendah untuk lapan sesi berturut-turut, mewakili kemerosotan sebanyak 1.4 peratus, sebelum ia kembali menjadi stabil.

Kemerosotan tersebut menimbulkan kebimbangan penurunan nilai seterusnya, tatkala ia mengulang tindakan pada pertengahan Ogos apabila China menyelaras yuan berkurangan hampir lima peratus dalam seminggu. Zhou berikrar China akan menggunakan pegangan tukaran asingnya yang banyak untuk mempertahan yuan.

Simpanan tukaran asing negara merosot AS$99.5 bilion kepada AS$3.2 trilion pada Januari, menurut angka rasmi, tatkala bank pusat menjual dolar untuk memperlahan kemerosotan dalam yuan, namun Zhou berkata: “Tidak adanya asas untuk penurunan nilai mata wang seterusnya.” – Agensi
Simpanan tukaran asing negara merosot AS$99.5 bilion kepada AS$3.2 trilion pada Januari, menurut angka rasmi, tatkala bank pusat menjual dolar untuk memperlahan kemerosotan dalam yuan, namun Zhou berkata: “Tidak adanya asas untuk penurunan nilai mata wang seterusnya.” – Agensi

“China mempunyai simpanan tukaran asing terbesar di dunia,” kata beliau. “Kami tidak akan membiarkan elemen spekulatif memimpin sentimen pasaran.”

Simpanan tukaran asing negara merosot AS$99.5 bilion kepada AS$3.2 trilion pada Januari, menurut angka rasmi, tatkala bank pusat menjual dolar untuk memperlahan kemerosotan dalam yuan. Namun Zhou berkata: “Tidak adanya asas untuk penurunan nilai mata wang seterusnya.”

Beliau berjanji pembaharuan mata wang akan diteruskan meskipun krisis walaupun kerajaan akan mengekal peranan pengurusannya. China mengawal ketat yuan disebabkan kebimbangan aliran modal bebas akan membawa risiko kewangan dan mengurangkan kawalannya. – AFP