Tiada ancaman di Brussels – Hendrik

Tiada ancaman di Brussels – Hendrik

BERLIN, 24 Mac (AFP) – Perlawanan persahabatan Jerman di laman sendiri menentang England dan Itali tidak berada di bawah ancaman pada ketika ini dalam kejadian serangan pengganas Brussels, kata ketua keselamatan FA Jerman semalam.

“Kami tidak mempunyai bukti yang menandakan terdapat kedudukan berbahaya kepada perlawanan itu dalam masa beberapa hari,” kata Hendrik Gross-Lefert, ketua keselamatan bagi Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB).

“Sudah tentu, pencarian terbaru adalah dari Brussels kepada agensi–agensi keselamatan menjelang acara antarabangsa di Berlin dan Munich.”

Serangan pengikut Jihad ke atas lapangan terbang Brussel dan sistem Metro pada Selasa lalu membunuh 31 orang dan mengakibatkan 270 orang cedera.

Pasukan dari Jerman menjadi hos kepada pasukan Three Lions kendalian Roy Hodgson pada Sabtu ini dengan penonton seramai 72,000 dijangka akan berada di Stadium Olympic, Berlin.

Juara dunia itu kemudian akan menentang Itali empat hari kemudian di Allianz Arena, Munich, yang mempunyai kapasiti 66,000 bagi persaingan antarabangsa.

“Setiap beg sandar akan diperiksa,” Oliver Malchow, pengerusi kesatuan polis Jerman, berkata dengan keselamatan diketatkan bagi perlawanan.

Keselamatan adalah faktor bagi perlawanan antarabangsa Jerman di laman sendiri sejak perlawanan persahabatan mereka pada tahun 2015 melalui serangan pengganas di Paris.

Kekalahan mereka kepada Perancis di Stade de France dibayangi oleh serangan 13 November, apabila skuad dari Jerman itu tidak tidur lena untuk kembali beraksi.

ARTIKEL YANG SAMA