Tiada belanjawan kecemasan

Tiada belanjawan kecemasan

LONDON, 14 Julai – Menteri kewangan baru Britain Philip Hammond pada hari ini mengetepikan satu belanjawan kecemasan dalam respons kepada pergolakan ekonomi yang dicetuskan oleh pengundian negara yang menyokong untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

Hammond memberitahu media bahawa satu belanjawan akan dihantar pada akhir tahun, sebagaimana yang dirancang oleh pemimpin sebelumnya George Osborne selepas satu perubahan berlawanan.

Sebelum referendum pada bulan lalu mengenai keahlian Britain dalam EU, Osborne telah mencadangkan bahawa satu belanjawan kecemasan diperlukan sekiranya berlaku pengundian Brexit. Bagaimanapun, beliau dengan segera mengetepikan keputusan berkenaan meskipun negara mengundi untuk keluar daripada blok.

Perdana Menteri baru Britain Theresa May semalam melantik Hammond untuk mengganti Osbourne sebagai canselor exchequer.

Osbourne adalah perancang kempen berjimat cermat Britain dalam tempoh enam tahun lalu dan seorang kawan rapat bekas perdana menteri David Cameron, sementara kedua-duanya telah berkempen untuk Britain kekal dalam EU.

Philip Hammond berjalan ke 10 Downing Street di tengah London pada 13 Julai selepas Perdana Menteri baru Britain, Theresa May memikul tanggungjawab barunya selepas David Cameron meletak jawatan. – AFP
Philip Hammond berjalan ke 10 Downing Street di tengah London pada 13 Julai selepas Perdana Menteri baru Britain, Theresa May memikul tanggungjawab barunya selepas David Cameron meletak jawatan. – AFP

Hammond memberitahu pelbagai media hari ini bahawa tidak adanya belanjawan kecemasan.

“Perdana menteri baru menjelaskan kami akan melakukan satu belanjawan Penyata Musim Luruh dalam cara biasa, pada musim luruh, dan kami akan meneliti situasi pada musim panas,” beritahu Hammond kepada Sky News.

Bercakap kepada saluran ITV, beliau berkata pasaran kewangan “perlu tahu kami akan melakukan apa yang perlu untuk mengekalkan ekonomi.”

Hammond menambah beliau akan bertemu dengan gabernor Bank England Mark Carney pada hari ini untuk menilai keadaan ekonomi Britain.

Ia berlaku tatkala BoE bersedia untuk mengumumkan sama ada ia akan memotong kadar faedah utama kepada tahap rekod rendah baru di bawah 0.50 peratus untuk mengawal kesan sampingan ekonomi daripada Brexit. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA