Tiada belas kasihan

Tiada belas kasihan

MALMO, Sweden, 26 Nov (AFP) – Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol dalam aksi kepulangan ke kelab Malmo sehingga Paris Saint-Germain melangkah ke pusingan 16 terakhir Liga Juara–Juara semalam selepas membenam pesaing Kumpulan A 5-0 di Sweden.

Jaringan separuh masa pertama Adrien Rabiot dan Angel Di Maria membolehkan juara Perancis itu menguasai permainan sebelum Ibrahimovic menjaringkan gol selepas rehat. Di Maria kemudian menemui sasaran sekali lagi sebelum Lucas menambah gol kelima bagi memastikan kemaraan PSG layak beraksi pada fasa kalah mati bagi tahun keempat berturut–turut.

“Saya menghidupkan impian malam ini. Dalam kedudukan itu (nostalgia) saya menjaringkan satu gol. Saya gembira,” kata Ibrahimovic. “Sejak awal, ada hubungan antara peminat Malmo dan saya.”

Penjaring gol lain, Rabiot menambah: “Kami rasa lebih sukar. Kami melakukan tugasan itu dan mara. Saya berbangga dengan jaringan pertama Liga Juara–Juara saya.”

Bagaimanapun, kemenangan Real Madrid 4-3 ke atas Shakhtar Donetsk bermakna PSG mara sebagai pasukan tangga kedua yang terdedah kepada kemungkinan akan diundi menentang Barcelona atau Bayern Munich pada pusingan seterusnya.

Ibrahimovic berjaya menembusi gawang Malmo dalam aksi pusingan kedua fasa Kumpulan A di Malmo, semalam. – AFP
Ibrahimovic berjaya menembusi gawang Malmo dalam aksi pusingan kedua fasa Kumpulan A di Malmo, semalam. – AFP

“Ada peluang untuk selesai di kedudukan teratas kumpulan. Adalah memalukan kami tewas (menentang Real),” jelas Blanc, yang mana pasukannya akan melengkapkan kempen kumpulan di tempat sendiri menentang Shakhtar.

Malmo masih berada dalam Liga Europa tetapi keadaan itu tidak memihak kepada mereka apabila perlu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata untuk mara di Santiago Bernabeu dalam tempoh dua minggu.

Kepulangan Ibrahimovic ke kelab itu menjadi tumpuan kerana di sanalah beliau memulakan kerjaya profesionalnya 16 tahun lalu, dengan kapten Sweden itu menempah dataran utama Malmo untuk menayangkan perlawanan dalam skrin besar bagi mereka yang tidak bertiket.

Pemain berusia 34 tahun itu juga menyerahkan lilitan kapten PSG bagi perlawanan, itu tetapi tiada ruang untuk nostalgia selepas pasukan pelawat mendiamkan penyokong tuan rumah tiga minit selepas bermula apabila Rabiot menanduk masuk hantaran lintang Gregory van der Wiel untuk jaringan pertamanya di Eropah.

ARTIKEL YANG SAMA