Tiada bukti rasuah Blatter

Tiada bukti rasuah Blatter

ZURICH, 10 Dis – Satu penyiasatan dalaman terhadap Presiden FIFA yang digantung, Joseph “Sepp” Blatter tidak menemukan sebarang bukti rasuah terhadap 2 juta Swiss franc ($2 juta) dalam pembayaran kepada ketua bola sepak Eropah, Michel Platini, kata akhbar Switzerland, Handelszeitung semalam.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan tersebut, yang berkata Blatter juga menghadapi dakwaan pelanggaran etika dengan menyatakan bahawa pembayaran yang gagal muncul dalam akaun FIFA buat beberapa ketika. FIFA merujuk persoalan Reuters kepada jawatankuasa etika bebas, yang berkata ia tidak mengulas mengenai “khabar angin itu”.

Jawatankuasa etika, akan menyatakan kes itu pada hujung tahun, yang bertegas setakat ini dalam kes–kes rasuah.

Keduanya digantung pada Oktober lalu di tengah–tengah skandal rasuah yang mencetuskan penyiasatan jenayah di AS dan Switzerland dan mengheret badan induk bola sepak dunia itu dalam pergolakan. Mereka menafikan salah laku dan belum didakwa. Penyiasat membangkitkan persoalan mengenai pembayaran pada 2011 dari FIFA kepada Platini, bekas kapten pasukan Perancis dan jurulatih yang menjadi presiden badan bola sepak Eropah, UEFA sejak 2002, bagi tugasan yang dilakukannya di antara 1998 dan 2002. Blatter berusaha bagi mendapatkan pemilihan semula pada 2011.

Blatter berkata terdapat persetujuan lisan di antara keduanya, sementara Platini berkata pembayaran itu ditangguhkan kerana masalah kewangan di FIFA.

Satu siasatan dalaman tidak menunjukkan sebarang bukti rasuah terhadap Sepp Blatter. – Reuters
Satu siasatan dalaman tidak menunjukkan sebarang bukti rasuah terhadap Sepp Blatter. – Reuters

Memetik sumber yang tidak dinamakan, Handelszeitung berkata penyiasatan dalaman tidak dapat untuk mengesahkan keraguan terhadap rasuah.

“Bukti yang boleh diterima secara sah dan jelas bagi dakwaan rasuah boleh diperoleh di merata tempat dalam keseluruhan laporan penyiasatan,” ia memetik sumber sebagai berkata.

Akhbar itu berkata Platini meminta FIFA bagi gajinya yang tertunggak sekurang–kurangnya dua kali pada 2010 dan ketua kewangan FIFA telah menetapkan wang bagi pembayaran.

FIFA akan mengadakan pilihan raya pada Februari bagi menggantikan Blatter. Platini, yang pernah menjadi calon bagi jawatan itu, tidak dapat bertanding memandangkan dia digantung walaupun dia mungkin dibenarkan untuk menyertainya jika dia dibersihkan. – Reuters