Tiada bukti virus di perairan Rio

Tiada bukti virus di perairan Rio

RIO DE JANEIRO, 11 Ogos – Tidak ada bukti bahawa paras luar biasa virus atau bakteria dalam air mengakibatkan peserta pekayuh yang bersaing di Rio de Janeiro hujung minggu lalu jatuh sakit, pegawai layar antarabangsa dan AS memberitahu Reuters semalam.

The Associated Press melaporkan 13 daripada 40 ahli pasukan AS jatuh sakit selepas menyertai kejohanan dunia untuk ujian Olimpik di Brazil tahun depan. Pegawai AS mengesahkan kepada Reuters bahawa 15 ahli jatuh sakit tetapi berkata ia bukanlah perkara luar biasa dalam acara antarabangsa dan terlalu awal untuk menyalahkan air yang kotor.

“Ia nampak mudah tetapi tidak bertanggungjawab bagi kami untuk mengandaikan dengan segera laluan kayuhan adalah satu–satunya atau punca sakit,” Glenn Merry, CEO bagi USRowing, memberitahu Reuters dalam e-mel.

Merry menambah bahawa pekayuh AS kerap jatuh sakit di luar negara dan berkata bahawa fakta jurulatih juga sakit di Rio adalah satu petanda air mungkin bukan masalahnya.

Satu–satunya atlet yang jatuh dalam lagun dan terminum banyak air bukanlah salah seorang yang jatuh sakit, tambah Merry. Pegawai Kanada memberitahu Reuters bahawa tidak seorang pun daripada 24 atlet mereka dan kakitangan bantuan jatuh sakit.

Orang ramai mengayuh bot ketika melancarkan protes terhadap pencemaran di Guanabara Bay di Rio de Janeiro 8 Ogos lalu. – Reuters
Orang ramai mengayuh bot ketika melancarkan protes terhadap pencemaran di Guanabara Bay di Rio de Janeiro 8 Ogos lalu. – Reuters

“Kami gembira melaporkan ketika itu pasukan berada di sini, kami tidak mengalami sebarang insiden sakit,” pengarah persembahan Rowuing Canada Aviron, Peter Cookson, memberitahu Reuters menerusi e-mel.

“Kami mengambil langkah tambahan (tambahan kepada vaksin pra perjalanan atau perubatan) seperti melindungi botol air daripada terdedah kepada air lagoa (lagun), menutup semua luka atau bengkak yang terdedah dan mencucinya menggunakan sabun antiseptik selepas setiap sesi.

“Sementara itu terdapat beberapa laporan sakit daripada sebahagian yang tinggal di hotel yang sama dengan kami. Kami merasakan langkah tambahan kami membantu mengekalkan perkadaran kesakitan kepada sifar.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA