Tiada cedera letupan luar masjid

Tiada cedera letupan luar masjid

SYDNEY, 29 Jun (AFP) – Serangan bom api di luar sebuah masjid di Australia ketika para jemaah masjid sedang menunaikan solat hari ini dikecam oleh Perdana Menteri Malcolm Turnbull, dengan seorang pemimpin agama Islam menyifatkannya sebagai ‘jenayah benci’.

Tidak sesiapa tercedera dalam letupan malam semalam yang telah memusnahkan sebuah kereta yang diletakkan di luar masjid dan kolej Islam di Thornile, pinggir bandar Perth.

“Dipercayai bahan api tangkas untuk memulakan pembakaran,” polis Barat Australia berkata dalam satu kenyataan dengan menambah kata bahawa tiga buah lagi kenderaan telah rosak dalam kejadian itu. “Grafiti anti Islam dibuat pada tembok yang dihubungkan ke kolej itu, berhampiran kenderaan yang rosak.”

Yahya Adel Ibrahim dari pihak masjid itu berkata masyarakat di Perth telah dikunjungi oleh ‘kebencian’ tetapi tidak akan membalas dengan ‘kebencian dan memainkan permainan menyalahkan.”

“Ini tidak diragui lagi adalah perlakuan jenayah benci, tetapi ia adalah perlakuan seseorang atau kumpulan menyeluruh,” katanya di Facebook.

“Di sebalik apa yang diketahui, semua orang bertahan untuk menyudahkan solat, enggan mengalah kepada keganasan yang baru saja berlaku.”

Sentimen anti Islam menjadi lebih terkenal di Australia tahun lalu ketika kebimbangan meningkat dengan pengganasan yang tumbuh dalam negara dan warganegara yang membuat perjalanan ke Iraq dan Syria untuk menyokong kumpulan jihad.

Tetapi Turnbull yang berdepan pilihan raya umum pada hari Sabtu nanti, berkata Australia mempunyai asas fundamental saling hormat-menghormati.

“Saya kesal dan tidak menyelarnya sekeras-kerasnya mana-mana serangan seumpama itu,” beliau memberitahu stesen radio 6PR.

ARTIKEL YANG SAMA