Tiada cubaan penculikan

Tiada cubaan penculikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Susulan berita mengenai cubaan menculik seorang murid sekolah rendah, yang disiarkan dalam akhbar ini kelmarin (17 September), Pasukan Polis Diraja Brunei telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati tiada sebarang cubaan penculikan berlaku.

Dalam satu kenyataan di sini, polis berkata, mereka masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan hasil penyiasatan itu nanti akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

ARTIKEL YANG SAMA