Tiada jaminan perjanjian minyak pada rundingan Doha

Tiada jaminan perjanjian minyak pada rundingan Doha

BANDAR KUWAIT, 15 April (AFP) – Pengeluar minyak utama bertemu pada hujung minggu ini untuk berunding satu pembekuan pengeluaran untuk mengurangkan bekalan berlebihan minyak mentah dan merangsang harga, tetapi keraguan masih timbul mengenai sama ada Iran akan menyertai mana-mana perjanjian.

Penganalisis tidak bersepakat mengenai keputusan mesyuarat kira-kira satu dozen pengeksport minyak, termasuk Arab Saudi dan Rusia, di Doha pada Ahad, yang mungkin menyebabkan harga minyak meningkat atau merosot sekali lagi.

Harga telah berpulih mendadak dalam beberapa minggu ini sebahagiannya disebabkan jangkaan perjanjian yang mungkin, pada teori sekurang-kurangnya, membantu mengurangkan kemelesetan dan memulih kewangan awam pengeluar.

“Perasaan umum adalah satu perjanjian akan dicapai di Doha untuk membeku pengeluaran minyak pada tahap Januari,” kata Fawad Razaqzada, penganalisis di firma pembrokeran City Index. Ia “mungkin memberikan harga satu rangsangan jangka pendek selanjutnya.”

Bagaimanapun, memburukkan prospek perjanjian, ketua OPEC Arab Saudi menegaskan ia tidak akan menyertai pembekuan pengeluaran melainkan pesaing serantaunya Iran berbuat demikian. Tehran, yang sedang keluar daripada sekatan Barat, akan berusaha mendapatkan penepian sehingga pengeluarannya mencecah tahap sebelum sekatan.

“Kami tidak melihat Arab Saudi membeku pengeluaran dan menyesuaikan pertambahan pengeluaran oleh produk lain,” beritahu Fahad al-Turki, ketua penyelidikan di Pelaburan Saudi Jadwa, kepada AFP.

Jika perjanjian dicapai di Doha, ia akan membantu menjalin kepercayaan di antara pengeluar utama dan membuka laluan kepada pemotongan pengeluaran pada masa depan, kata Turki. Qatar berkata semalam wujudnya “suasana optimistik” bahawa satu perjanjian akan dicapai, menambah jumlah negara yang dijangka hadir telah meningkat.

Pada bulan lalu, Qatar berkata 12 buah negara termasuk dirinya akan hadir pada rundingan, tetapi ia tidak mengesahkan sama ada Iran akan menyertai. Mesyuarat Doha adalah susulan kepada rundingan pada Februari di antara anggota OPEC Arab Saudi, Qatar dan Venezuela serta Rusia di mana mereka pertama menimbulkan pembekuan pengeluaran.

ARTIKEL YANG SAMA