Tiada jawapan segera terhadap Brexit- May

Tiada jawapan segera terhadap Brexit- May

LONDON, 8 Sept – Perdana Menteri Britain Theresa May memberi amaran kepada rakyatnya semalam bahawa tiada jawapan segera bagaimana negara itu akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), menolak permintaan berulang dari pemimpin pembangkang.

Kerajaan Konservatif itu masih belum menetapkan visinya untuk Brexit susulan undian pungutan suara 23 Jun lalu, selain mengatakan ia tidak akan memulakan rundingan rasmi keluar dengan Brussels sehingga tahun depan. – AFP