Tiada jeritan Maria di Terbuka AS

Tiada jeritan Maria di Terbuka AS

NEW YORK, 1 Sept (Reuters) – Pemenang lima kejuaraan Grand Slam Maria Sharapova menarik diri daripada menyertai Terbuka Amerika Syarikat kerana mengalami kecederaan kaki.

Maria, 28, tidak beraksi sejak mengalami kekalahan kepada Serena Williams pada separuh akhir Wimbledon Julai lalu.

Pemain Russia itu turut menarik diri daripada saingan gelanggang permukaan keras di Toronto dan Cincinnati baru baru ini.

“Saya kurang bernasib baik tidak dapat menyertai Terbuka Amerika Syarikat tahun ini,” katanya dalam Twitter.

“Saya sudah membuat persiapan terbaik tetapi masa tidak mencukupi. Buat peminat saya akan kembali beraksi di Asia dalam masa beberapa minggu lagi dalam keadaan lebih sihat dan kuat.”

Ketiadaan Maria menyebabkan Terbuka AS sedikit hambar dan pertembungan pemain bintang berprofil tinggi.

Persatuan Tenis Amerika Syarikat mengumumkan pemain Russia Daria Kasatkina akan menggantikan Maria dalam undian utama.